Seludup Kokain Bernilai 1 Juta, Wanita Thailand Berdepan Penjara Seumur Hidup

wanita penjara kokain

Tindakan membawa padah, seorang wanita di Thailand berdepan hukuman penjara seumur hidup dan didenda sehingga RM645,000 kerana menyeludup kokain bernilai kira-kira RM1 juta pada malam Rabu.

Lapor The Thaiger, wanita yang berusia 27 tahun itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket kira-kira 7.30 malam, dalam penerbangannya dari Dubai.

Ketua Balai Polis Sakhu di Phuket, Pol Kol Salan Tantisasanakul berkata W (bukan nama sebenar) telah ditahan apabila 2.3 kilogram (kg) kokain ditemui dalam bagasinya.

Pegawai kastam telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai percubaan penyeludupan dadah haram itu ke Thailand.

Semasa kejadian, dua beg suspek melalui imbasan X-ray, salah satu daripada beg itu didapati mengandungi bahan yang mencurigakan,

Selepas pemeriksaan lanjut, pihak berkuasa menemui kokain yang dibungkus di bahagian yang tersembunyi dalam beg tersebut.

Difahamkan suspek yang berasal dari Bangkok telah mengembara dari Istanbul melalui Dubai.

Suspek menaiki penerbangan Emirates EK 396 ke Phuket.

Pol Kol Salan menyatakan bahawa siasatan terhadap kes itu masih diteruskan.

BACA: “Oppa” Yoo Ah In Dilapor Positif Dadah Kokain & Ketamin

Kes menyerupai kerap berlaku

Walau bagaimanapun, kes seperti ini kebiasaannya berlaku.

Terdapat beberapa insiden penyeludupan dadah dalam penerbangan ke Thailand sebelum dan selepas Covid-19.

Pada Disember 2020, pihak berkuasa Thailand menahan dua orang yang disyaki cuba menyeludup 7.5 kg kristal dikenal pasti methamphetamine dari Malaysia ke Thailand.

Sementara itu, pada Oktober 2020, seorang lelaki juga telah ditahan kerana cuba menyeludup 1.4 kg methamphetamine dari India ke Thailand.

Manakala, pada Ogos 2020, polis Thailand telah menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup 111 kg kristal methamphetamine dari China ke Thailand.

Sementara itu, media turut melaporkan kejadian yang sama berlaku pada November tahun lalu.

Seorang wanita Thailand telah ditahan oleh polis sempadan Jepun kerana menyeludup dadah ke Jepun dengan menyembunyikannya di dalam badan.

Dalam insiden yang lain, warga Thailand berusia 41 tahun tiba di Lapangan Terbang Narita Tokyo pada 15 Oktober sebagai pelancong bersama 31 rakyat Thailand.

Wanita itu menelan beg plastik dan kondom yang mengandungi 246 gram methamphetamine atau ‘ais’ dengan anggaran RM490,000.

Sumber: The Thaiger

BACA: Kastam Tahan Wanita Seludup Kokain RM1.34 Juta Di KLIA

The post Seludup Kokain Bernilai 1 Juta, Wanita Thailand Berdepan Penjara Seumur Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*