Anak Pukul Ibu Hingga Maut Selepas Ditegur Buat Bising

anak buat bising

Anak Pukul Ibu Hingga Maut Selepas Ditegur Buat Bising

Gara-gara ditegur membuat bising, seorang warga emas maut dipukul dengan senjata dipercayai pisau dan kapak oleh anaknya di rumah mereka di Taman Temiang, Muar pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata kira-kira 8.20 malam pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian yang melibatkan senjata tajam antara dua beranak itu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa seorang wanita warganegara tempatan berumur 73 tahun terbunuh di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala serta leher.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya pada Isnin.

Katanya, suspek yang berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian, manakala sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan membawa hukuman mati.

BACA: Warga Emas Dipercayai Meninggal Dunia Lepas Cabut 12 Batang Gigi

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan

Gambar tular

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya.

Kejadian berlaku pada awal pagi di sebuah rumah di Tambun Tulang.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi hari kejadian.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.

Sumber: Polis Daerah Muar/Facebook

The post Anak Pukul Ibu Hingga Maut Selepas Ditegur Buat Bising appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*