Penjual Baju Dalam Talian Didenda RM3,000 Miliki Gambar Lucah

penjual baju didenda

Penjual Baju Dalam Talian Didenda RM3,000 Miliki Gambar Lucah

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Seorang penjual baju dalam talian didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbitnya, Mei lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, 32, yang mengaku bersalah memiliki gambar lucah dalam sebuah komputer riba dan lapan telefon bimbitnya di sebuah unit kondominium di Taman Kobena, Cheras di sini pada 4.30 petang, 22 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Jambatan Kereta Api Salak Selatan

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling minimum atas alasan, ia merupakan kesalahan kali pertama anak guamnya.

Sumber: BERNAMA

The post Penjual Baju Dalam Talian Didenda RM3,000 Miliki Gambar Lucah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*