MAINS Salur Bayaran Kafarah Untuk Sediakan Makanan Buat Murid RMT

Seremban – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menyalurkan sebahagian kutipan bayaran kafarah bagi menyediakan makanan tengah hari buat penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di 50 buah sekolah negeri berkenaan sebagai permulaan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah ​Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS, Ahmad Naim Azlan, mereka memperuntukkan RM6 untuk setiap murid terlibat bagi tujuan berkenaan.

“Secara asasnya, bagi pe­nyaluran kafarah adalah wajib untuk memberi makan kepada orang miskin, oleh itu kami baru-baru ini sudah mencapai persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) untuk memberi makan tengah hari kepada murid-murid yang menerima RMT di sekolah-sekolah terpilih,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihak mereka akan menyalurkan wang berkenaan kepada pihak sekolah bagi membantu murid yang memerlukan.

“Kami salurkan wang tersebut kepada pihak sekolah iaitu sebanyak RM6 bagi setiap murid-murid tersebut, isunya adalah sebelum ini murid-murid berkenaan mempunyai sesi sekolah pada waktu petang iaitu terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Jadi ada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membekalkan makanan dan belanja buat anak-anak mereka yang meneruskan sesi aktiviti sekolah pada waktu petang,” katanya.

The post MAINS Salur Bayaran Kafarah Untuk Sediakan Makanan Buat Murid RMT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*