‘Andai Rasulullah SAW Di Depan Anda, Apa Yang Anda Ucapkan?’

rasulullah saw depan anda

‘Andai Rasulullah SAW Di Depan Anda, Apa Yang Anda Ucapkan?’

Adalah menjadi idaman buat masyarakat Islam untuk berjumpa dengan para nabi khususnya Nabi Muhammad SAW, memandangkan umat sekarang merupakan umat baginda yang mengakui kerasulannya.

Namun, sekiranya Allah SWT memberi peluang kepada umat Islam pada zaman kini untuk bertemu dengan Rasulullah SAW, adakah kita sudah bersedia dan apakah yang akan dikatakan kepada baginda?

Baru-baru ini, akaun @Ilmfeed di Twitter memuat naik satu content islamik yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW.

Content tersebut dibuat untuk mengetahui apakah reaksi dan jawapan yang akan diberi oleh umat Rasulullah SAW sekiranya dapat berjumpa dengan baginda.

Seorang pengacara berjanggut, menanyakan soalan kepada lelaki yang memakai pakaian sukan, yang berkemungkinan orang awam yang berada di kawasan tersebut.

“Sekiranya Nabi Muhammad SAW berada di hadapan anda sekarang, apa yang anda akan katakan kepadanya?”

Itu merupakan soalan yang diberikan kepada lelaki yang memakai pakaian sukan itu.

Kredit: @IlmFeed/Twitter

Lelaki tersebut kemudiannya, menggaru kepala sebentar selain berfikir apa yang perlu diucapkan sekiranya berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Setelah berfikir sejenak, lelaki itu menuturkan perkataan ringkas yang tidak dijangka membuatkan pengacara itu mengucap kerana terkejut.

“Terima kasih,” ujar lelaki itu.

“SubhanaAllah! Wow. Terangkan secara terperinci bagaimana perkataan terima kasih itu muncul di fikiran,” kata content creator itu.

BACA: Suri Teladan Terbaik, Telusuri Sifat Pemurah Rasulullah SAW

Tiada perkataan yang dapat dikeluarkan…

Sebelum meneruskan percakapannya, lelaki terbabit mula menyilangkan tangannya dan meletakkan sebelahnya di mulutnya.

“Saya percaya…jika baginda berada di hadapan saya, saya akan terdiam tanpa kata-kata. Itu pendapat jujur saya.

“Saya fikir saya akan membisu, saya tidak rasa dapat bercakap dengan lelaki yang mempunyai tinggi darjatnya di sisi Allah,” jelasnya.

Pengacara itu berasa terharu dan terkejut sehingga hati kecilnya tersentuh dengan jawapan yang diberi.

“Jawapan anda membuatkan saya menangis,” kata pengacara itu.

Lelak itu meneruskan dengan mengatakan dia tidak akan dapat mengatakan apa-apa sekiranya berdepan dengan Nabi Muhammad SAW susulan peranannya yang besar dalam Islam.

Menerima darjat tertinggi Allah

“Dia adalah sebahagian yang penting dalam agama kita. Yang paling dicintai Allah dan saya tidak dapat membayangkan berada di hadapannya,” tambahnya.

“SubhanaAllah,” respons pengacara itu lagi.

Selepas itu, lelaki tersebut menerangkan secara terperinci mengenai kehebatan Rasulullah SAW yang membuatkan dirinya terasa kecil.

Katanya, Rasulullah SAW meninggalkan agama untuk diturunkan kepada anak cucu.

“Kehebatannya, legasi dan agama yang ditinggalkan untuk kita teladani.

“Saya tidak dapat membayangkan berada di hadapan seseorang yang sangat dicintai Allah,” jelasnya.

Kredit: @IlmFeed/Twitter

Pengacara itu secara tidak langsung menitiskan air mata setelah mendengar ulasan jawapan daripada lelaki tersebut.

“Saya tidak fikir saya akan dapat mengeluarkan apa-apa perkataan, malah para sahabat, mereka juga bersusah payah untuk menuturkan perkataan apabila bercakap dengannya.

“Jadi siapa saya? Memikirkan suasana itu membuatkan kaki saya terasa lemah. Saya tidak dapat berkata apa-apa,” ujarnya.

Sumber: @IlmFeed/Twitter

The post ‘Andai Rasulullah SAW Di Depan Anda, Apa Yang Anda Ucapkan?’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*