Anggota Polis Nyaris Maut Dirempuh Kereta Ketika Tengah Tahan Kereta Lain

Polis nyaris maut

Anggota Polis Nyaris Maut Dirempuh Kereta Ketika Tengah Tahan Kereta Lain

Seorang pegawai polis di pinggir bandar Virginia, Washington D.C, nyaris maut dilanggar sebuah kenderaan hilang kawalan ketika sedang melakukan pemeriksaan sebuah kenderaan lain.

Menurut NBC News, kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera pemuka menunjukkan sebuah kenderaan jenis BMW dari arah bertentangan dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Rakaman kejadian yang dilaporkan berlaku di Fairfax County Parkway pada tengah hari Isnin lalu telah dikeluarkan oleh Polis Fairfax County.

“Ia satu keajaiban,” kata Ketua Kevin Davis pada sidang akhbar.

Kejadian bermula sewaktu seorang pegawai polis menahan sebuah BMW 7 Series yang meluru laju 73 mph semasa berada di zon 50 mph.

Pegawai polis itu dilihat sedang bercakap dengan pemandu kereta tersebut sebelum sebuah lagi BMW meluru ke arahnya pada kelajuan melebihi 120mph, kata pegawai.

Kredit Fairfax County Polis

BMW jenis M3 berprestasi tinggi itu akhirnya melanggar sedan di pinggir jalan sebelum berpusing melanggar kenderaan peronda Fairfax County.

Kredit Fairfax County Polis

Sewaktu kejadian, kaki kanan pegawai itu dilihat telah terkena sedikit rempuhan oleh kenderaan berkenaan semasa cuba menyelamatkan diri.

“Dengan tenang, dia melompat ke sisi luar pagar jalan raya dan segera melaporkan ke radio,” kata Davis lagi.

BMW M3 dipandu oleh seorang remaja berusia 17 tahun

Kenderaan M3 tersebut dipercayai telah dipandu oleh tiga orang remaja dan mereka cuba untuk melarikan diri sejurus kemalangan tersebut.

Pegawai dan pemandu sebuah lagi BMW dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan ekoran daripada mengalami kecederaan ringan.

Pemandu M3 berusia 17 tahun dirujuk kerana memandu secara melulu, kata jabatan itu.

Davis turut berkata bahawa nama pegawai itu akan didedahkan namun akan memberinya sedikit masa untuk memproses kejadian itu.

“Ia adalah kejadian yang sangat mengejutkan untuk dia kongsikan. Namun dia gembira kerana masih hidup,” tambah Davis.

BACA: Polis Belanda Tahan ‘Boris Johnson’, Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Dalam laporan berasingan, polis Belanda telah menahan seorang lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk. Lelaki itu turut menggunakan lesen memandu atas nama Boris Johnson, lapor The Guardian.

Sewaktu ditahan, lesen memandu palsu warga Ukraine itu juga lengkap dengan gambar bekas Perdana Menteri Britain berserta tarikh lahirnya yang betul.

Lesen memandu itu dilaporkan telah dikeluarkan pada 2019 dan sah sehingga akhir tahun 3000.

Jurucakap polis, Thijs Damstra berkata, kejadian itu diketahui selepas siasatan polis berkenaan sebuah kemalangan yang merempuh tiang berhampiran Jambatan Emma di bandar utara Groningen.

Sumber: NBC News

The post Anggota Polis Nyaris Maut Dirempuh Kereta Ketika Tengah Tahan Kereta Lain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*