Aneh, Beri Nama Ikan Belacak ‘Mak Kundur’, Wanita Ini Panggil Sekali Terus Datang

Aneh, Beri Nama Ikan Belacak ‘Mak Kundur’, Wanita Ini Panggil Sekali Terus Datang 

Sekiranya anda pernah menonton kisah Bawang Merah Bawang Putih versi Malaysia, pasti sudah terbiasa dengan panggilan nama Mak Kundur, iaitu mak tiri Putih yang sering memarahinya kerana tidak suka akan dirinya.

Tidak ramai yang menggunakan nama panggilan itu atau menamakannya kepada haiwan peliharaan kerana era globalisasi yang semakin maju kini membuatkan ramai yang lebih memilih nama moden.

Tetapi akhir-akhir ini, nama Mak Kundur kembali menjadi sebutan dalam kalangan warga maya oleh kerana seorang pengguna TikTok aktif berkongsi mengenai seekor ikan belacak yang dijumpai olehnya.

Ahsinasan menamakan ikan belacak atau dikenali dengan nama ikan tembakul itu dengan panggilan Mak Kundur, kerana dia teringat akan kisah Putih yang sering merindukan ibunya yang dikatakan bertukar menjadi ikan.

Mak Kundur bukan ikan belaan

Difahamkan ikan tersebut bukanlah belaannya kerana dia menemukannya semasa membuang sisa makanan ke dalam air. Tetapi pada suatu hari, ikan belacak itu tidak datang seperti biasa sewaktu dia memberikan makanan.

Lalu, wanita dipercayai warga Sarawak itu dengan sengaja memanggilnya Mak Kundur dan secara ajaibnya, ikan tersebut hadir berenang dengan pantas sebelum melompat ke tebing untuk mengambil makanan yang diberinya.

Semasa dia berkongsi mengenai video kejadian ‘ajaib’ itu pada September lalu, rata-rata ramai yang suka dengan gelagat Mak Kundur hingga video berkenaan ditonton sebanyak kira-kira 20 juta kali (setakat artikel ditulis).

@ahsinasanmak kundur darkweb #makkundur #bawangmerahbawangputih #fyp #tiktokpelitfyp #xyzbca #mypet #myfoodie #nnn #fish♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

Video di atas merupakan klip pertama yang dikongsi oleh wanita itu kepada umum mengenai ‘kewujudan’ Mak Kundur.

Setelah video itu mendapat perhatian, orang ramai mula memintanya untuk sentiasa mengemas kini mengenai keadaan Mak Kundur kerana kandungan tersebut sedikit sebanyak mengingatkan mereka kepada kisah dongeng berkenaan.

Kredit: Tiktok

Dalam masa yang sama, ramai juga yang bertanya-tanya bagaimana ikan itu mengetahui bahawa namanya ialah Mak Kundur dan bagaimana dirinya boleh mendengar wanita tersebut  memanggilnya.

Tetapi, dia masih tidak mempunyai jawapan dan berkata dirinya benar-benar tidak mengetahui mengenai itu.

Kredit: Tiktok Ahsinasan

Macam mana nak bezakan Mak Kundur dengan ikan belacak lain?

Menurut Ahsinasan, perbezaan Mak Kundur berbanding dengan yang lain adalah ia mempunyai garis kuning di bahagian mulutnya. Tidak seperti yang lain, ikan itu juga tidak takut dengan manusia, disebabkan itu apabila wanita tersebut memanggilnya, ia akan datang.

Apabila ditanya mengenai menjaga ikan itu, Ahsinasan berkata dia teringin untuk membela Mak Kundur tetapi dalam masa sama dia bimbang ikan itu tidak terbiasa untuk tinggal di akuarium.

“Pendek kata, saya takut nanti Mak Kundur tidak panjang umur kalau saya yang jaga letak di akuarium kerana dia hidup di darat dan air,” katanya dalam salah satu video.

Difahamkan Ahsinasan sering menyediakan makanan seperti udang dan ayam untuk diberikan kepada Mak Kundur.

Warga maya terpegun dengan Mak Kundur

Menjengah di ruangan komentar, kelihatan ramai yang memuji sikap wanita itu dan menyatakan kisah mereka berdua seakan-akan Bawang Merah dan Bawang Putih.

“Cerita awak dengan Mak Kundur ini patut didokumentarikan. Terlalu unik, bukan semua orang dapat pengalaman macam ini,” kata pemberi komen.

“Fuh macam dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih eh,” ujar Wafi.

Kredit: Tiktok

Dalam pada itu, segelintir mereka juga ingin mengetahui perasaan wanita tersebut ketika pertama kali berjumpa dengan Mak Kundur.

“Hebatnya sis, macam mana pertama kali jumpa dengan dia,” kata Raa kepada wanita itu.

“Subhanallah, ikan belacak yang ramai orang tak pandang,” tambah pengguna Tiktok.

Kredit: Tiktok

“Lain macam haiwan peliharaan dia,” Moonchild berseloroh.

One in a million manusia boleh buat macam ini. Awak memang terindah dalam dunia,” puji Sapri kepada pemilik video itu.

Kredit: Tiktok

Ada juga yang ingin tahu bagaimana detik mereka bertemu dan cara wanita itu menjaga Mak Kundur sampai ia boleh menjadi jinak dan mendengar kata.

Kredit: Tiktok

Bagi anda yang ingin melihat gelagat Mak Kundur, boleh lihat video kompilasi yang dirakamkan oleh Ahsinasan di bawah ini.

@ahsinasan#hello2023 Selamat Tahun Baru daripada Mak Kundur Happy sangat dapat share video Mak Kundur di tiktok & ada yang selalu ikuti perkembangan Mak Kundur Terima kasih tak terhingga kepada yang selalu like, komen & share video mak kundur, especially yang follow sebab suka tengok mak kundur 🙏🏻 Maaf tak dapat nak reply pertanyaan di komen satu satu, In shaa Allah ada masa nanti akan buat satu video untuk menjawab pertanyaan tentang Mak Kundur ya 💕 semoga azam tahun baru kita semua tercapai 🫶 #makkundur #belacak #glodok #tembakul #koleksivideomakkundur #fish #pet♬ 2022 New Year Countdown – Deejay Sandy

Sumber: @ahsinasan via Tiktok

The post Aneh, Beri Nama Ikan Belacak ‘Mak Kundur’, Wanita Ini Panggil Sekali Terus Datang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*