Angkawasan Misi Apollo, Cunningham Walter Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Cunningham Walter Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Angkawasan Misi Apollo, Cunningham Walter Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Angkasawan terakhir dalam misi Apollo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Walter Cunningham dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun semalam, lapor The Guardian.

Jurucakap NASA, Bob Jacobs dalam satu kenyataan mengesahkan berita tersebut namun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai kematian tersebut.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan keluarga mendiang memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia di hospital akibat komplikasi setelah terjatuh, lapor Daily Mail.

Mendiang merupakan salah seorang daripada tiga angkasawan yang menaiki misi Apollo 7 pada 1968 selama 11 hari penerbangan. Beliau mengetuai misi tersebut bersama dua lagi rakannya, Walter M Schirra dan Donn F Eisele.

Misi tersebut berjaya membuka jalan kepada pendaratan bulan pada misi Apollo 11 pada Julai 1969 dan 1972.

Selepas mencipta sejarah pertama buat manusia, mereka menerima penghargaan Anugerah Khas Emmy apabila mengorbit bumi secara langsung dan mendedahkan kepada penduduk berhubung penerbangan angkasa lepas.

Biodata Walter Cunningham

Mendiang telah dilahirkan di Creston, Iowa pada tahun 1932 dan menimba ilmu di sekolah tinggi di California. Pada tahun 1951, Cunningham mula menyertai tentera laut dan berkhidmat sebagai juruterbang kor marin di Korea, lapor NASA.

Beliau menerima ijazah sarjana muda dan sarjana dalam jurusan fizik di University of California, Los Angeles. Cunningham turut menyambung pengajiannya pada tahap Kedoktoran Falsafah (PHD) dan mula bekerja sebagai saintis di Rand Corporation sebelum menyertai NASA.

Selepas terlibat secara langsung dengan NASA, mendiang mengubah angin dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan pelaburan serta menjadi penceramah awam dan hos radio.

The All-American Boys merupakan hasil karya memoir yang ditulis olehnya yang menceritakan tentang kerjayanya sebagai angkasawan.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, seorang kakak (Cathy Cunningham) serta dua anak (Brian dan Kimberly).

Sumber: The Guardian, Daily Mail 

The post Angkawasan Misi Apollo, Cunningham Walter Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*