Mayat Lelaki Ditemukan Di Tali Air

mayat lelaki tali air

Mayat Lelaki Ditemukan Di Tali Air

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan  di sebatang tali air di Kampung Tetambah, di Manir dekat sini hari ini.

Mayat Syed Mohd Azmi Sikh Ismail ditemukan sekumpulan penduduk kampung yang sedang mencari kepah di kawasan terbabit kira-kira 4.45 petang tadi.

Adik perempuan mangsa, Syarah Sikh Ismail, 22, berkata mangsa berusia 39 tahun yang merupakan  anak sulung daripada tujuh beradik keluar rumah petang Sabtu lepas untuk memancing.

Bagaimanapun pada hari itu beliau tidak pulang ke kediaman keluarga mereka di Kampung Pujuk di sini.

“Walaupun abang tidak pulang kami tidak syak apa-apa kerana arwah biasa keluar memancing dan pulang lewat malam atau keesokan harinya.

“Malah semalam (Ahad) ada penduduk kampung yang terserempak dengannya. Kami ingatkan dia baik-baik saja…tak sangka perkara buruk telah menimpanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

BACA: Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa

Syarah berkata beliau  dimaklumkan mengenai penemuan mayat abangnya oleh orang kampung melalui pesanan WhatsApp.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau mayat mangsa telah dibawa ke Unit  Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

BACA: Sarjan Didakwa Peroleh Suapan RM20,000

The post Mayat Lelaki Ditemukan Di Tali Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*