“Macam-macam Ragam”, Ustaz Kongsi Pengalaman Masuk ICU

ustaz hanafi icu

“Macam-macam Ragam”, Ustaz Kongsi Pengalaman Masuk ICU

Seorang pendakwah, Ustaz Hanafi telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) beberapa hari lepas.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran Facebooknya pada 16 Januari.

Menerusi hantaran tersebut, Ustaz Hanafi memaklumkan beliau ditahan di ICU selama dua malam dan kini telah ditempatkan di wad biasa.

Ketika berada di dalam ICU, pendakwah tersebut memberitahu bahawa dirinya gemar untuk melihat keadaan di sekelilingnya.

Antara perkara yang diperhatikan adalah seperti keadaan pesakit yang terlantar di katil hospital dan kerenah ahli keluarga serta kenalan yang melawat pesakit.

Beliau turut menyaksikan petugas berlari dalam keadaan kelam kabut ketika situasi kecemasan.

Ada juga kedengaran bunyi orang mengerang kesakitan, orang-orang yang sedang keliru bertanyakan soalan dan bunyi segala mesin di hospital.

Suasana di hospital yang menampilkan pelbagai senario dan ragam manusia telah membuatkan Ustaz Hanafi berfikir sejenak.

Berikut merupakan munasabah dan perkongsian daripada beliau ketika berada di hospital dalam masa beberapa hari:

Macam-macam ragam manusia dapat dilihat di hospital ini. Benar-benar jadi tempat muhasabah buat diri ustaz.

Ada pesakit yang kelihatan tenang. Jari tak lepas dari tasbih mengiringi lidah yang tak lekang dari zikir.

Ada pula yang nampak gelisah dan tak selesa. Menghadap ke kanan tak kena. Hadap ke kiri pun serba tak kena.

Ustaz terfikir.

“Ini baru suasana di ICU. Macam mana agaknya di dalam barzakh?”

Alam barzakh adalah alam yang menjadi tempat persinggahan bagi orang yang dah meninggal dunia sebelum pergi ke alam akhirat.

Laluan nak ke alam barzakh ni sifatnya sehala. Tak boleh nak reverse, tak boleh nak belok ke kiri atau kanan. Sekali melangkah ke alam barzakh, selamanya tidak akan kembali ke alam dunia.

Pintu gerbang untuk masuk ke alam barzakh ini adalah kematian. Keluarnya roh dari jasad manusia. Tak kira muslim atau bukan, tak kira peringkat umur, semua pasti akan melaluinya bila tiba detik ajal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Takut bila difikirkan. Tapi inilah perjalanan yang pasti akan dilalui semua manusia.

Ustaz nak kongsi dua bentuk penyesalan manusia setelah meninggal dunia.

PERTAMA, PENYESALAN BAGI ORANG YANG TIDAK BERIMAN.

Orang kafir dan tidak beriman ini meraung penuh penyesalan. Sebab sepanjang hidup di dunia tidak pilih untuk hidup sebagai hamba yang taat kepada Allah SWT.

Mereka menjerit ketakutan melihat azab neraka yang tak terbayang panasnya. Mereka merayu agar dipulangkan ke dunia tapi apakan daya, rayuan mereka tiada guna lagi. Mustahil mereka akan kembali ke dunia.

KEDUA, PENYESALAN BAGI ORANG YANG BERIMAN.

Ada ulama sebut, bukan hanya orang kafir yang menyesal. Orang beriman juga ada yang menyesal di hari akhirat. Kenapa merasa kesal? Kerana ketika di dunia hanya melakukan amal sekadar perlunya. Mereka rasa rugi tidak lakukan amal sebanyak-banyaknya.

Subhanallah, Maha Suci Allah. Tuan puan yang dirahmati Allah.

Jom pujuk hati pilih jalan hidup sebagai orang beriman yang taat kepada Allah SWT. Sekurangnya, biarlah kita menyesal sebagai orang beriman, bukan menyesal sebagai orang yang kufur akan nikmat Allah lalu dicampakkan ke dalam neraka yang tak terbayang azabnya.

Tuan puan,

Balasan di akhirat pasti akan berlaku. Alam barzakh itu pasti kita temu, Dan kita pasti akan mati bila tiba detik waktu,

Ketika ustaz bermalam di ICU, ada pesakit yang meninggal dunia. Pesakit kanser juga.

“Innalillahiwainnailaihirojiun..”.

Benarlah kematian itu pasti. Dia datang tanpa sebarang temu janji. Tak kira tua atau muda, semuanya pasti akan mati.

Apa kita boleh buat hanyalah bersiap sedia agar kita kembali kepada Allah sebagai hamba yang bersih dan suci.

Hamburkan rasa penyesalan kita ketika masih di dunia dengan taubat nasuha. Banyakkan ibadah sebagai bekal dan saham yang akan kita kaut hasilnya dengan ganjaran syurga yang tak terbayang nikmatnya.

Tuan puan,

Lebih baik kita menyesal di dunia, Janganlah kita merasa kesal di akhirat sana.

Semoga perkongsian dibuat Ustaz Hanafi memberi manfaat kepada semua.

BACA: Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

Sumber: Ustaz Hanafi via Facebook

The post “Macam-macam Ragam”, Ustaz Kongsi Pengalaman Masuk ICU appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*