Anwar makan cendol Songkok Tinggi sebelum solat Jumaat

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dan bersantai dengan penduduk sambil menikmati cendol di Kedai Cendol Songkok Tinggi, Kampung Jiboi Baru, Seremban di sini hari ini.

Anwar yang memakai baju melayu hijau lembut tiba pada pukul 12.35 tengah hari disambut penduduk sekitar yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bertemu beliau secara lebih dekat.

Anwar dilihat meluangkan masa menikmati menu pilihan di kedai tersebut iaitu laksa Johor, jemput dan cendol.

Pengusaha Kedai Cendol Songkok Tinggi, Ahmad Dani Daud, 42, berkata, beliau bagaikan bermimpi apabila kedainya menerima kunjungan daripada Anwar yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang datang ke menikmati cendol di sini.

“Perasaan saya bercampur baur dalam masa sama terkejut apabila dihubungi oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri secara rasmi dua hari lalu memaklumkan bahawa Anwar Ibrahim mahu datang secara santai menikmati cendol di sini.

Selepas itu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat di sini pada pukul 1.20 petang. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar makan cendol Songkok Tinggi sebelum solat Jumaat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*