Apa Beza Penyaman Udara “Inverter & Non-Inverter”, Mana Lagi Jimat? Ini Jawapannya

beza inverter non-inverter

Apa Beza Penyaman Udara “Inverter & Non-Inverter”, Mana Lagi Jimat? Ini Jawapannya

Apabila negara dilanda musim cuaca panas, permintaan untuk pemasangan penyaman udara pasti akan meningkat.

Bagaimanapun, mereka yang memilih untuk memasang perkakasan tersebut di rumah masing-masing perlu bersedia untuk membayar bil elektrik bulanan yang lebih tinggi.

Secara umum, terdapat dua pilihan penyaman udara yang dijual dalam pasaran iaitu jenis inverter dan juga non-inverter.

Walaupun kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menyejukkan ruang dan rumah, namun ada sedikit perbezaan yang perlu diketahui oleh para pengguna.

Malah, pemilihan mana-mana satu jenis penyaman udara ini juga boleh membantu anda melakukan penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Apa beza inverter dan noninverter, mana yang lebih jimat?

Perbezaan pertama sudah tentu dari segi harganya. Penyaman udara inverter adalah lebih mahal berbanding non-inverter. Namun, penyaman udara jenis inverter menawarkan penjimatan tenaga elektrik yang lebih baik.

Bagaimanapun, penjimatan penggunaan tenaga elektrik tidak bergantung sepenuhnya kepada jenis penyaman udara yang dipasang.

Ada faktor-faktor lain, seperti saiz ruang dan jumlah kuasa kuda penyaman udara yang perlu diambil kira.

Seorang pengguna TikTok, @bro.sham.cuckoo tampil berkongsi beberapa tip bagaimana mahu memilih jenis penyaman udara yang sesuai dengan saiz ruang untuk mendapatkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Menurut @bro.sham.cuckoo, jika ruang rumah adalah lebih kecil, seperti ruang dan untuk penggunaan singkat seperti satu ke dua jam, penyaman udara jenis non-inverter adalah lebih sesuai.

Ruang-ruang seperti bilik mesyuarat dimana pertemuan hanya berlaku sekali sekala dan selalu kosong juga sesuai dengan penyaman udara non-inverter.

Manakala penyaman udara inverter pula lebih sesuai untuk ruang seperti bilik tidur utama yang dihuni untuk tempoh yang lebih lama.

“Penyaman udara yang digunakan ketika untuk tidur dan lebih dari 8 jam, sebaiknya pilihlah penyaman udara jenis inverter kerana ia lebih jimat,” kata @bro.sham.cuckoo.

Ruang pejabat yang digunakan sepanjang operasi waktu pejabat, misalnya dari 9 pagi sehingga 5 petang juga sesuai memilik penyaman udara jenis ini.

Video berkenaan membantu orang ramai dalam pemilihan penghawa dingin di ruang yang sesuai

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Boleh Saman Si Peminjam, Ini Cara Tuntut Hutang Bawah RM5,000

@bro.sham.cuckoo

#KongsiTips Mana lebih jimat? #aircond #cuacapanas #panas #kongsi #inverter #noninverter #kongsibersama #dapurcuckoo #bsmbroshamgroup

♬ original sound – Bro Sham CUCKOO – Bro Sham CUCKOO

Sumber: @bro.sham.cuckoo via TikTok

The post Apa Beza Penyaman Udara “Inverter & Non-Inverter”, Mana Lagi Jimat? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*