Hujan lebat, ribut petir di Johor

PETALING JAYA – Beberapa daerah di Johor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 3 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka melanda sekitar Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Dalam pada itu, bagi negeri-negeri lain, masih tiada sebarang laporan cuaca buruk mahupun amaran ribut petir dikeluarkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat, ribut petir di Johor appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*