Tawar Hadiah Sebagai Tanda Penghargaan Tunai Zakat

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2023: Pusat Pungutan ZakatMajlis Agama Islam Wilayah  Persekutuan (PPZMAIWP) hari ini menyampaikan hadiah kepada pembayarpembayar  zakat bertuah sempena Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) Fasa 2 dan  Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ)Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim  Amir Osman

Kempen PZB telah diadakan pada 1 Jun hingga 31 Disember 2022 dan ini merupakan  pengumuman pemenang bagi Fasa Kedua. Kempen ini menawarkan lebih 400 hadiah untuk  dimenangi dan sebahagian daripadanya sudah diumumkan pada Fasa Pertama. Hari iniseramai 8 pemenang diumumkan dan memenangi hadiah seperti Ziarah AlAqsa, Motosikal  dan Smart TV

Manakala Kempen YEZ 2022 diadakan pada 26 November hingga 31 Disember 2022 dan  menawarkan lebih 500 hadiah kepada pembayar zakat yang menunaikan zakat tempoh  kempen berlangsung. Hari ini seramai 27 pemenang hadiah utama diumumkan dan  memenangi hadiah seperti Pakej Umrah, Thermomix TM6, iPhone 14 Pro, Washer DryerTreadmill, Baucar Ziarah, iPad Air, Vacuum, Robot, Skuter Elektrik dan Air Fryer

Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata  penganjuran kempenkempen ini adalah sebagai salah satu kaedah promosi untuk  menggalakkan lebih ramai masyarakat menunaikan zakat di PPZMAIWP

Selain memudahkan urusan berzakat, menjadi tanggungjawab kami juga untuk  meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai zakat. Untuk itu, pelbagai bentuk promosi  telah dilaksanakan termasuklah kempenkempen ini,katanya

Tambahnya lagi, hadiah yang ditawarkan ini adalah sebagai galakan untuk menunaikan  zakat selain tanda penghargaan atas sokongan kepada PPZMAIWP

The post Tawar Hadiah Sebagai Tanda Penghargaan Tunai Zakat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*