Aplikasi GO By Bank Islam Alami Kesukaran Mengakses Kerana Kadar Trafik Pengguna Tinggi – Bank Islam

Aplikasi GO by Bank Islam

Aplikasi GO By Bank Islam Alami Kesukaran Mengakses Kerana Kadar Trafik Pengguna Tinggi – Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad pada hari ini mengumumkan kelewatan perkhidmatan Perbankan Internet dan aplikasi GO by Bank Islam berikutan peningkatan kadar trafik pengguna yang tinggi.

Kenyataan itu dibuat Bank Islam menerusi satu hantaran di Facebook rasminya pada tengah hari tadi.

Menurut Bank Islam, kelewatan tersebut dipercayai disebabkan oleh aplikasi itu sedang mengalami kadar trafik pengguna yang terlalu tinggi.

“Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Perbankan Internet dan aplikasi GO by Bank Islam sedang mengalami kadar trafik pengguna yang tinggi,” tulis kenyataan itu

Selain itu, Bank Islam turut meminta kerjasama pengguna agar terus bersabar sehingga aplikasi itu berfungsi dan kembali seperti sedia kala.

“Sila cuba lagi kemudian sekiranya anda mengalami kesukaran mengakses kedua-dua platform. Kesabaran dan kerjasama anda amat kami hargai,” tulis kenyataan itu lagi. 

Kredit Facebook

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Respon Lembab Dan Kurang Memuaskan, MCMC Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Meta

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Meta.

MCMC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, tindakan itu bakal dibuat selepas Meta menunjukkan maklum balas yang lembap dan kurang memuaskan dalam mengatasi masalah yang timbul di Facebook.

“Maklum balas pihak Meta yang lembab dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam,” tulis MCMC.

Menurut MCMC, platform Facebook kebelakangan ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan.

Terutamanya kandungan yang melibatkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan.

Meta dikatakan gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan yang memudaratkan dan tidak bekerjasama sepenuhnya.

“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai.  Pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta.

“Ia sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.

“Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan. Ia termasuk juga aktiviti penipuan,” tulis MCMC dalam kenyataannya.

Sumber: Facebook via Bank Islam Malaysia Berhad

The post Aplikasi GO By Bank Islam Alami Kesukaran Mengakses Kerana Kadar Trafik Pengguna Tinggi – Bank Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*