Arab Saudi Secara Rasmi Bida Anjurkan Piala Dunia FIFA 2034

Arab Saudi Piala Dunia

Arab Saudi Secara Rasmi Bida Anjurkan Piala Dunia FIFA 2034

Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Isnin dilaporkan telah menyerahkan surat hasrat (LOI) kepada FIFA secara rasmi untuk membida hak penganjuran Piala Dunia FIFA 2034, lapor Saudi Gazette.

Penyerahan rasmi itu dibuat selepas Arab Saudi mengumumkan hasrat mereka untuk membida penganjuran kejohanan bola sepak terbesar itu pada 4 Oktober lalu.

Presiden SAFF, Yasser Al Misehal mengesahkan bidaan itu selepas menandatangani LOI dan mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk tujuan tersebut.

Tawaran bersejarah itu sekali gus mewakili percubaan pertama Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah kejohanan berprestij tersebut.

Bidaan itu mencerminkan dedikasi negara Arab Saudi untuk membuka peluang bola sepak di semua peringkat selain menyokong pertumbuhan global sukan tersebut.

Difahamkan, bidaan itu adalah inspirasi kepada transformasi sosial dan ekonomi Arab Saudi yang sedang berjalan di bawah Wawasan 2030.

Selain itu, bidaan berkenaan juga bertujuan untuk memberikan sambutan hangat kepada dunia serta menjadi penganjuran yang tidak dapat dilupakan oleh peminat.

Al Misehal berkongsi pendapatnya berkata, “Ini adalah langkah kedua dalam perjalanan sangat menarik yang sedang dilalui oleh negara.

“Minggu lalu kami mengumumkan cita-cita kami untuk menjadin tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034. Penyerahan rasmi ini menjadi bukti buat kami untuk merealisasikan impian rakyat kami.

“Piala Dunia FIFA 2034 adalah jemputan kami untuk dunia bagi menyaksikan pembangunan Arab Saudi, menikmati budaya dan menjadi sebahagian daripada sejarah,” katanya.

Tawaran yang kompetitif ditawarkan dalam penganjuran tersebut

Menurut Al Misehal lagi, negara itu turut membentangkan tawaran yang kompetitif bagi membantu menyatukan dunia melalui sukan bola sepak.

Dalam bidaan tersebut, lebih 70 Persatuan Ahli FIFA dari pelbagai benua telah secara terbuka memberikan sokongan mereka untuk Arab Saudi.

Sokongan itu dibuat dalam masa kurang 72 jam selepas SAFF mengisytiharkan hasrat mereka untuk menjadi penganjur acara sukan berkenaan.

BACA:“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sebelum ini, Arab Saudi telah berjaya menganjurkan lebih 50 acara sukan antarabangsa dalam pelbagai jenis  sejak 2018.

Negara itu juga telah diiktiraf untuk acara sukan global utama, termasuk bola sepak, sukan permotoran, tenis, ekuestrian, esport dan golf.

Dalam pada itu, butiran lanjut mengenai bidaan Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Saudi Gazette

The post Arab Saudi Secara Rasmi Bida Anjurkan Piala Dunia FIFA 2034 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*