Jatuh Hukum Ibu Tunggal Dan Rakan Aniaya, Abai Anak 1 Nov

Jatuh hukum aniaya

Jatuh Hukum Ibu Tunggal Dan Rakan Aniaya, Abai Anak 1 Nov

JOHOR BAHRU, 10 Okt (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 1 Nov depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berumur tujuh tahun di Pasir Gudang.

Peguam Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua tertuduh memberitahu pemberita di luar mahkamah, bahawa jurubahasa mahkamah memaklumkan kes itu ditangguhkan kerana Hakim VM Mabel Sheela cuti sakit.

“Memandangkan ahli keluarga atau kenalan bagi kedua-dua anak guam saya tidak membayar wang jaminan sejak mereka dituduh pada Ogos lepas, sehingga kini mereka ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang,” kata Abd Rahim.

Pada 27 Sept lepas, ibu mangsa yang berumur, 27, dan rakannya warga Singapura, 30, menukar pengakuan kepada bersalah, ketika sebutan kes berkenaan dan Hakim Mabel Sheela menetapkan hari ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan niat bersama menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka. sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Pertuduhan kedua pula, kedua-dua wanita itu yang masing-masing seorang suri rumah dan juruteknik di sebuah kilang itu, didakwa dengan niat bersama mengabaikan kanak-kanak berkenaan yang di bawah penjagaan mereka.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Ogos, kedua-dua wanita itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak lelaki itu.

— BERNAMA

The post Jatuh Hukum Ibu Tunggal Dan Rakan Aniaya, Abai Anak 1 Nov appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*