Tak Termakan Provokasi Lawan, Pukulan K.O Jojo Sekali Lagi Curi Tumpuan

pukulan k.o jojo

Tak Termakan Provokasi Lawan, Pukulan K.O Jojo Sekali Lagi Curi Tumpuan

Atlet Muay Thai Negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekali lagi mencipta sensasi di pentas ONE Championship selepas menumbangkan lawan dalam perlawanan Jumaat lalu.

Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai JoJo mencuri perhatian apabila membuat pukulan knockout (K.O) terhadap peninju dari Thailand Tai Sor Jor Piek Uthai.

Provokasi Tai

Menariknya lagi, Tai dilihat cuba memprovokasi Jojo dengan menjelirkan lidahnya ketika perlawanan sedang berlangsung.

Walau bagaimanapun, atlet dari Sarawak itu tidak termakan dengan amarah sebaliknya pukulan padu peninju berusia 16 tahun itu hinggap di muka Tai.

Pukulan K.O itu nyata membuatkan peninju Gajah Putih “terbaring” di atas gelanggang sebelum sorakan tanpa henti oleh peminat-peminat bergema.

Video pukulan K.O oleh peninju negara itu turut dimuat naik oleh ONE Championship di platform Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

Dalam video berkenaan, Tai seolah-olah kaku selepas terkena pukulan peninju di bawah kelola Kelab Muay Thai Rentap itu. Manakala pengadil perlawanan bertindak pantas mengawal keadaan selepas perlawanan penuh agresif.

BACA JUGA: Hanya 16 Saat, Jojo Tumbangkan Lawan Dengan Pukulan K.O Di One Championship

“Saya Adalah Masa Depan”

“Ianya gila. Saya cuma berumur 16 tahun (ketawa). Jadi sasaran saya seterusnya adalah untuk mendapatkan kontrak .

“Saya rasa tali pinggang (belt) One Championship ini ditakdirkan untuk saya. Saya adalah masa depan,” teriaknya sewaktu ditemubual atas gelanggang berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

Penampilan Sulung Terus K.O Lawan

Sebelum ini, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuat penampilan sulung dalam siri ONE Championship Februari lalu, lapor Bernama.

Dalam perlawanan tersebut, Jojo hanya memerlukan 16 saat untuk menumbangkan peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex dalam pusingan pertama pada pertarungan ‘Flyweight Muay Thai.

Beliau berjaya memerangkap peninju lawan dengan kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat ke arah lawan. Ia membuatkan hanya mampu bertahan dan tidak mampu meneruskan saingan.

Susulan prestasi yang memberangsangkan, Jojo menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).

Sumber: Instagram ONE Championship

The post Tak Termakan Provokasi Lawan, Pukulan K.O Jojo Sekali Lagi Curi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*