Asfia Dilantik Pemangku Yang Dipertua Sarawak

Asfia Pemangku Sarawak

Asfia Dilantik Pemangku Yang Dipertua Sarawak

KUCHING, 17 Ogos (Bernama) — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak berkuat kuasa semalam hingga 17 Sept ini.

Pelantikan itu bagi mengisi jawatan berkenaan ketika Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan diadakan di Astana Negeri Sarawak dan disaksikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Datuk Dr Alwi Abdul Wahab.

BACA JUGA: Ahmad Samsuri Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Terengganu

Pada istiadat itu, Abang Johari turut membacakan surat cara pelantikan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohamad Asfia, 75, yang memegang jawatan Speaker DUN Sarawak sejak tahun 2000, sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Yang Dipertua Negeri pada 1 Dis 2019 hingga 11 Jan 2020.

Pada 3 Ogos lepas, Astana Negeri Sarawak meminta orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan berita dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib.

Setiausaha Sulit kepada yang Dipertua Negeri Junih Salleh Ahmad dalam satu kenyataan berkata keadaan Abdul Taib semakin pulih dan beliau kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara dan akan kembali tidak lama lagi.

Sumber: BERNAMA

The post Asfia Dilantik Pemangku Yang Dipertua Sarawak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*