Aston Villa Buat Kali Pertama Anjur Iftar Di Stadium Villa Park

Aston Villa Iftar

Aston Villa Buat Kali Pertama Anjur Iftar Di Stadium Villa Park

LONDON, 6 April (Bernama-Anadolu) — Buat kali pertama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Aston Villa menganjurkan majlis iftar di Stadium Villa Park pada Rabu.

Beratus-ratus orang berkumpul di Villa Park di Birmingham untuk menghadiri acara yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Aston Villa dan Projek Khemah Ramadan.

Sebelum berbuka puasa, azan turut dilaungkan melalui sistem PA Villa Park, lapor Agensi Anadolu.

Berucap pada majlis itu, pengasas Projek Khemah Ramadan, Omar Salha, berkata projek itu telah menghubungkan lebih setengah juta orang daripada semua latar belakang melalui Festival Ramadan tahunan dan inisiatif perdana Open Iftar sejak sedekad lalu.

“Daripada taman awam dan dataran, ke mercu tanda yang paling digemari, budaya dan ikonik di Britain, galeri, muzium, tempat ibadat dan stadium sukan, Ramadan terbuka kepada semua dan kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada komuniti masyarakat,” katanya.

BACA JUGA: Chelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stadium 26 Mac Ini

Aston Villa menjadi kelab keempat yang menganjurkan acara itu tahun ini selepas kelab Chelsea, Brighton & Hove Albion dan Queen’s Park Rangers.

Menerusi mesej video sebelum majlis bermula, Ketua Pegawai Eksekutif Aston Villa, Christian Purslow berkata mereka amat berbesar hati untuk menganjurkan iftar pertama kelab itu dan mengucapkan  selamat datang kepada masyarakat Islam di sekitar Villa Park.

“Kami berbesar hati untuk membuka pintu kami dan membolehkan anda berbuka puasa di Kelab Bola Sepak Aston Villa,” katanya.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

The post Aston Villa Buat Kali Pertama Anjur Iftar Di Stadium Villa Park appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*