Bayi Berusia 22 Bulan Disyaki Positif Dadah Jenis Amphetamine Dan Metaphetamine

bayi 22 bulan positif dadah

Bayi Berusia 22 Bulan Disyaki Positif Dadah Jenis Amphetamine Dan Metaphetamine

Seorang bayi perempuan berusia 22 bulan disyaki positif dadah selepas menerima rawatan di Hospital Taiping, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata bahawa satu laporan telah diterima oleh pihaknya daripada pihak hospital.

Hospital melaporkan bahawa mangsa didapati positif dadah bagi jenis amphetamine dan methaphetamine.

“Mangsa dikatakan dihantar ke rumah nenek di Changkat Jering kerana ibunya mahu membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran.

“Ketika mahu tidur, mangsa menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal menyebabkan ibunya membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambah Razlam, susulan laporan tersebut tangkapan kemudiannya dibuat ke atas ibu mangsa yang berusia 22 tahun.

“Ujian saringan awal mendapati suri rumah itu turut positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau dalam kes dadah.

“Permohonan reman akan dibuat. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Menurut Razlam lagi, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas dipercayai meminum air yang diberikan oleh jirannya.

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak itu telah dirawat di Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Samarinda dan sudah dibenarkan pulang.

Difahamkan, kejadian itu bermula ketika mangsa dan ibu bapanya berkunjung ke rumah jirannya pada Selasa lalu.

Ketua Pasukan Respons Cepat Perlindungan Wanita dan Anak Kalimantan Timur, Rina Zainun berkata bahawa mangsa yang kehausan telah diberi sebotol minuman oleh jirannya.

“Anak itu kehausan dan jirannya membawa air minuman dalam botol berisi separuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelakuan mangsa berubah selepas pulang ke rumah mereka. Kanak-kanak malang itu dikatakan menjadi hiperaktif dan tidak boleh tidur selama beberapa hari.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Malah, dia juga mengalami masalah tidur dan terus membebel seolah-olah sedang berhalusinasi.

“Simptomnya ialah dia aktif, tidak duduk diam, mulut berbual sepanjang masa dan tidak mahu tidur.

“Dari Selasa hingga Rabu, dia juga tidak mahu makan dan minum. Dan satu lagi simptomnya ialah dia berpeluh.

“Dia tidak kelihatan letih walaupun tidak makan atau minum, dia tidak mengantuk. Kemudian matanya terbuka luas,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Bayi Berusia 22 Bulan Disyaki Positif Dadah Jenis Amphetamine Dan Metaphetamine appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*