Tan Sri Robert Kuok Kekal Manusia Terkaya Di Malaysia, Harta Lebih RM 51 Bilion

tan sri robert kuok terkaya malaysia

Tan Sri Robert Kuok Kekal Manusia Terkaya Di Malaysia, Harta Lebih RM 51 Bilion

Tan Sri Robert Kuok berjaya mengekalkan statusnya sebagai manusia terkaya di Malaysia dalam senarai Manusia Terkaya Di Dunia Forbes 2023.

Menerusi senarai tersebut, beliau dilapor memiliki aset sebanyak USD 11.8 bilion (RM 51.97 bilion). Di peringkat global, hartawan berusia 99 tahun berada di tangga ke-146 manusia terkaya di dunia.

Menurut Forbes, Robert Kuok terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan antaranya perkapalan, hartanah dan juga perladangan.

Manakala di tangga kedua adalah Tan Sri Quek Leng Chan, 81, dengan aset berjumlah USD 10.1 bilion (RM 44.49 bilion). Di peringkat global, taikun perniagaan itu disenaraikan pada kedudukan ke-179 manusia terkaya di dunia. Beliau memiliki entiti perniagaan yang terlibat dalam industri perbankan dan hartanah.

Di tangga ketiga dan ke-511 global adalah Tan Sri Ananda Krishnan, 85, yang memiliki kekayaan sebanyak USD 5.2 bilion (RM 22.90 bilion). Beliau merupakan seorang hartawan yang terkenal dan terlibat dalam perniagaan telekomunikasi, media dan juga perkhidmatan minyak.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, 71, merupakan wakil tunggal Melayu dan Bumiputera yang berjaya memasuki senarai Manusia Terkaya Global Forbes 2023.

Diperingkat global, beliau disenaraikan pada kedudukan ke-1804 manakala di Malaysia pula pada kedudukan ke-10. Menurut Forbes, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary memiliki kekayaan sebanyak USD 1.6 bilion (RM 7.05 bilion). Beliau terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan seperti kejuruteraan dan automatif.

Secara keseluruhan, seramai 18 orang hartawan Malaysia berjaya memasuki senarai terkini yang dikeluarkan oleh Forbes itu.

Bernart Arnault Manusia Terkaya Di Dunia 2023

Dalam pada itu, Bernart Arnault & Keluarganya, 74, muncul sebagai Manusia Terkaya Di Dunia Forbes 2023. Beliau memiliki aset sebanyak USD 211 bilion (RM 929.35 bilion).

Beliau merupakan pemilik kepada Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH) iaitu sebuah empayar yang memiliki 75 jenama mewah global termasuk produk kosmetik dan fesyen. Antara jenama yang dimiliki oleh LVMH adalah Louis Vuitton dan Sephora.

Manakala billionaire sensasi, Elon Musk, 51, dari Amerika Syarikat disenaraikan di tangga kedua dengan aset berjumlah USD 180 bilion (RM 792.81 bilion).

Elon Musk merupakan pengasas bersama beberapa syarikat teknologi global seperti Tesla, SpaceX dan Boring Company.

Pengasas Amazon, Jeff Bezos, 59, pula muncul sebagai Manusia Ketiga Terkaya Di Dunia dalam senarai Forbes dengan harta sebanyak USD 114 bilion (RM 502.11 bilion).

Mukesh Ambani, 65, yang berasal dari India muncul sebagai Manusia Terkaya Di Asia selepas disenaraikan pada tangga ke-9 dalam senarai Forbes itu.

Beliau yang terlibat dalam industri petrokimia, minyak dan gas, telekom dan peruncitan memiliki harta sebanyak USD 83.4 bilion (RM 367.34 bilion).

BACA: Macam ‘Terbelah’, Viral Bentuk Awan Aneh Di Bintulu Pagi Ini

Sumber: Forbes

The post Tan Sri Robert Kuok Kekal Manusia Terkaya Di Malaysia, Harta Lebih RM 51 Bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*