“Attar Sayang Ayah Tapi Allah Dah Cabut Nyawa Ayah Dulu”

“Attar sayang ayah tapi Allah dah cabut nyawa ayah dulu dengan semua orang. Jumpa tau dekat Syurga. Jangan tinggalkan Attar lagi” ucap Attar Azim Syukran Jamil satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dikongsikan oleh Bernama TV telah meruntun hati ramai orang melihat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mengenangkan keluarganya.

Dia yang tidak dapat menahan sebak dilihat cuba ditenangkan oleh beberapa individu dalam video berkenaan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata bomba menerima panggilan kecemasan itu pada 1.38 tengah hari tadi dan kemalangan itu membabitkan kereta jenis Nissan March dan Perodua Myvi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut di dalam kereta jenis Perodua Myvi itu merupakan warga tempatan iaitu masing-masing seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Nissan March pula iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hanya mengalami kecederaan dan telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian.

Sumber: Benama TV,

The post “Attar Sayang Ayah Tapi Allah Dah Cabut Nyawa Ayah Dulu” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*