Tak Langgan Tak Dapat Ciri Asas, X Mula Caj Pengguna Baharu

x pengguna baharu

Tak Langgan Tak Dapat Ciri Asas, X Mula Caj Pengguna Baharu

X yang dulu dikenali sebagai Twitter mengumumkan bahawa pihaknya sudah mula mengenakan bayaran terhadap pengguna baharu di New Zealand dan Filipina untuk menggunakan ciri asas aplikasi itu, lapor AFP.

Difahamkan, pengguna perlu membayar sekitar RM3 dan RM4 pada setiap tahun bagi membolehkan mereka melakukan posting di platform tersebut.

Syarikat itu berkata kaedah langganan baharu itu mendorong usaha sedia ada untuk mengurangkan spam selain manipulasi platform dan akaun bot.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang enggan membayar langganan tersebut, akses mereka terhadap platform itu sangat terhad. Mereka hanya boleh menonton video, membaca dan mengikuti akaun yang disukai sahaja.

BACA: Elon Musk Disiasat Suruhanjaya Sekuriti Amerika, Berkaitan Pengambilalihan X

“Langkah ini membantu untuk menilai potensi yang berkuasa untuk membantu kami memerangi bot dan pengirim spam pada X, sambil mengimbangi kebolehcapaian platform dengan jumlah bayaran yang kecil,” tambahnya.

Pun begitu, pengguna sedia ada yang telah mempunyai akaun X tidak akan terjejas.

Terdahulu, Elon Musk telah membuat beberapa perubahan kontroversial terhadap pengurusan dan produk firma media sosial itu sejak memilikinya pada tahun lepas dengan harga kira-kira RM208 bilion.

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan Musk akan mengenakan bayaran nominal kepada semua pengguna platform tersebut.

Perkara itu tercetus selepas beliau sendiri yang mencadangkan langganan tersebut.

Jelasnya, idea tersebut adalah usaha untuk menangani akaun palsu dan tindakannya telah mengundang kritikan hebat daripada pengguna di seluruh dunia.

Pada masa ini, X hanya mengenakan bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan langganannya iaitu X Premium.

Perkhidmatan itu menawarkan faedah seperti tanda semak akaun yang disahkan dengan harga RM52 sebulan di Amerika Syarikat, manakala RM63 di United Kingdom bagi pengguna iPhone.

“Kami beralih kepada pembayaran bulanan yang kecil untuk penggunaan sistem,” kata Musk.

Tambahnya, untuk bot terbaru itu mereka memerlukan wang bagi menyediakannya dan menaikkan kos akaun kepada beberapa dolar bagi menyelesaikannya.

“Selain itu, setiap kali pencipta bot membuat bot lain, mereka memerlukan kaedah pembayaran baharu yang lain,” kata Musk lagi.

Sumber: AFP

The post Tak Langgan Tak Dapat Ciri Asas, X Mula Caj Pengguna Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*