Australia Haramkan Aplikasi Tiktok Pada Peranti Kerajaan

Australia haramkan Tiktok

Australia Haramkan Aplikasi Tiktok Pada Peranti Kerajaan

Australia telah menyertai negara barat yang lain dalam mengharamkan penggunaan aplikasi Tiktok pada peranti kerajaan. Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat berpangkalan di China itu kini berdepan tekanan berterusan berkenaan ancaman keselamatan datanya.

Menerusi laporan CNN, Peguam Negara, Mark Dreyfus mengumumkan larangan itu pada Selasa selepas menerima nasihat daripada Agensi Perisikan dan Keselamatan. Arahan itu berkuatkuasa dengan kadar segera.

Satu notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara menyebut, TikTok menghadirkan ancaman keselamatan dan privasi kerana ”aktiviti pengumpulan data berlebihan dan terdedah kepada perundangan kerajaan asing yang bertindih dengan undang-undang Australia”.

Keputusan Australia haramkan TikTok, sejajar dengan Five-Eyes

Keputusan itu meletakkan Australia sejajar dengan negara sekutunya, terutama daripada Perikatan Five-Eyes. Sebelum ini, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada telah pun mengumumkan sekatan yang sama. Manakala Parlimen New Zealand turut mengarahkan aplikasi itu dipadam daripada semua peranti kerajaan yang mempunyai akses kepada badan legislatif negara.

Sementara itu, Parlimen Eropah dan Norway juga mengambil keputusan yang sama. Minggu lepas, NATO juga melarang kakitangannya daripada memuat turun aplikasi tersebut ke peranti yang dibekalkannya.

Lee Hunter, Pengurus Besar Tiktok bagi Australia dan New Zealand berkata, syarikat itu kecewa dengan keputusan yang di ambil oleh negara itu. Beliau mendakwa, keputusan itu bermotifkan politik.

“Berjuta-juta pengguna Australia berhak mendapat kerajaan yang membuat keputusan berdasarkan fakta dan melayan semua perniagaan secara adil tanpa mengira negara asal,” katanya.

TikTok kecewa dengan keputusan kerajaan Australia

Beliau menegaskan bahawa firma itu telah berulang kali menghubungi kerajaan Australia untuk mengadakan perbincangan. Lee menegaskan tidak ada bukti untuk mencadangkan aplikasi itu menimbulkan risiko keselamatan kepada kerajaan.

Menurut laporan DataReportal, Australia mempunyai lebih 8 juta pengguna Tiktok yang berumur 18 tahun ke atas, setakat 2013.

CNN melaporkan, setakat ini tiada bukti kerajaan China mempunyai akses kepada data pengguna Tiktok dan tiada kerajaan telah menggubal larangan yang lebih meluas dengan menyasarkan TikTok pada peranti peribadi.

Walaubagaimnapun, Amerika Syarikat mengancam untuk mengancam untuk mengambil keputusan tersebut sekiranya pemilik TikTok, Bydance enggan melepaskan pemilikannya.

Amerika Syarikat dilapor bimbang sekiranya China menggunakan undang-undang keselamatan negaranya untuk mengakses data peribadi pengguna TikTok.

BACA: Chelsea Bincang Lantik Semula Lampard, Jadi Jurulatih Sementara

Sumber: CNN

The post Australia Haramkan Aplikasi Tiktok Pada Peranti Kerajaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*