Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Bantuan Khas Aidilfitri Minimum RM1,500

penjawat awam pulau pinang

Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Bantuan Khas Aidilfitri Minimum RM1,500

GEORGETOWN —  Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500 kepada anggota perkhidmatan awam negeri.

Pulau Pinang Lulus BKK Sempena Aidilfitri

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi, ia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian bantuan itu akan dilaksanakan pada 17 April 2023 kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

Selain itu, bantuan berjumlah RM300 turut disalurkan kepada beberapa pekerjaan yang terpilih.

“Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 masing-masing juga disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA),

“Selain guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang,” jelasnya.

BACA JUGA: “Tak Perlu Naik Jambatan,” Ini 10 Tempat Best ‘Tersembunyi’ Kat Penang Tapi Ramai Belum Tahu

Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan itu, bantuan berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada semua anggota perkhidmatan awan negeri.

“Selain sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini, BKK yang dianggarkan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10.95 juta.

“Ia adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

“Ia bagi memastikan pentadbiran negeri berada pada landasan yang tepat untuk merealisasikan Visi Penang 2030. Iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.” katanya. lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut memaklumkan telah menghadiri majlis iftar anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang.

Difahamkan, beliau hadir di Masjid Kapitan Keling dekat Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town semalam.

“Amat bermakna dan meriah. Diharapkan ikatan ini akan terus terjalin demi keharmonian negeri tercinta kita.” tulisnya di Facebook.

Sumber: Facebook Chow Kon Yeow

The post Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Bantuan Khas Aidilfitri Minimum RM1,500 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*