Thomson Hospital Kota Damansara Lancar Rawatan Kanser Terbaru, Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2023 – Thomson Hospital Kota Damansara (THKD), salah satu hospital swasta terkemuka di Malaysia hari ini telah melancarkan kemudahan komprehensif kanser terbaharu, Onkologi dan Perubatan Nuklear @Thomson Hospital – menyediakan kebolehan diagnostik dan terapeutik untuk pesakit kanser. Menyedia kemudahan Mediso AnyScan SPECT/CT/PET, alat pengimejan perubatan nuklear Tri-modus yang pertama di rantau Asia Pasifik.

Kejayaan revolusioner dalam perubatan kanser telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Cik Wan Nadiah Binti Wan Mohd Abdullah Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Hospital Kota Damansara.

Onkologi dan Perubatan Nuklear @Thomson Hospital merangkumi pembedahan kanser terkini, kemoterapi, radiosurgery dan radioterapi, diagnostik perubatan nuklear dan perkhidmatan theranostics. “Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2020, sebanyak 48,639 kes kanser baharu telah dilaporkan di Malaysia. Kenaikan kanser dijangka akan berganda pada tahun 2040 di mana 1 dalam 10 orang di Malaysia akan menghidap kanser dalam hidup mereka. Kanser adalah kondisi di mana ramai rakyat Malaysia akan hadapi dan ianya merupakan tanggungjawab kami sebagai penyedia penjagaan kesihatan untuk memastikan ramai dapat menjalankan hidup seperti biasa walaupun menghidap kanser,” kata Cik Nadiah.

 “Onkologi & Perubatan Nuklear @Thomson Hospital telah direka untuk menyediakan semua perubatan kanser di bawah satu kemudahan di mana penjagaan multi disiplin berpengalaman diberikan sepanjang rawatan pesakit di sana. Kami bekerja dengan NGO-NGO dan kumpulan bantuan pesakit kerana kami faham bahawa diagnosis kanser bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarga, kawan-kawan dan komuniti terdekat mereka. Oleh sebab itu saya ingin berterima kasih kepada para NGO yang turut hadir hari ini kerana kerjasama mereka untuk memberikan sokongan padu kepada komuniti:  jutaan terima kasih juga kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA), National Cancer Society Malaysia (NCSM), Majlis Kanser Negara (MAKNA), Lung Cancer Network Malaysia (LCNM) dan Prostate Cancer Society Malaysia (PCSM).”

“Tambahan pula, hospital kami bertekad untuk memastikan kualiti dan standard keselamatan tiada bandingannya. Di mana, kemudahan Onkologi & Perubatan Nuklear, melalui akreditasi oleh Australian Council on Healthcare Standards pada bulan ini supaya kami boleh menilai keupayaan kami pada persada dunia,” diterangkan Cik Nadiah.

Fasiliti ini telah menjalankan lebih daripada 1,200 diagnostik dan prosedur terapeutik dengan para pesakit onkologi seperti serviks, payudara, paru-paru, rektum, kepala, leher dan otak. Di antara semua ini, pasukan radioterapi telah merawat pesakit kanser payudara menggunakan Teknik Deep Inspiration Breath Hold (DIBH), dan kanser otak dengan radioterapi dan craniospinal irradiation (CSI). Kemudahan di sini juga telah menerima pesakit dari dalam negara dan juga dari rantau Asia Tenggara – ini menunjukkan kemudahan servis sebegini memang dicari oleh pesakit dari negara sekitar.

TKHD senantiasa mencari jalan inovatif untuk menyediakan servis teraupeutik dan diagnostik terkini kepada para pesakit mereka. Terapi Perubatan Nuklear seperti Yittrium-90, Lutetium-177, Ac-225 dan I-131 Therapy dos tinggi sedang dirancang, manakala servis radioterapi dan radiosurgery akan dipecahkan kepada ginekologi, hematologi dan rawatan pediatrik. TKHD juga merancang untuk bekerjasama dengan institusi penjagaan kesihatan yang lain di Malaysia dan juga negara lain untuk memastikan terapi kanser terbuka kepada semua.

“Di Thomson Hospital, kami berjanji kepada para pesakit bahawa kami akan bersama mereka sehingga pulih. Kami berbangga menjadi salah satu perintis yang menawarkan Mediso AnyScan SPECT/CT/PET ini, dan kami juga percaya bahawa kemudahan-kemudahan ini akan memperkasa pesakit kanser untuk mendapatkan ujian peringkat kanser yang tepat, penjagaan yang terbaik dan penilaian kesihatan lebih baik mengikut keperluan setiap pesakit. Setiap pesakit adalah insan yang istimewa,” kata Dr. Tan Chih Kiang, Penasihat Pakar Onkologi Klinikal dan Ketua Onkologi Klinikal.

Ditambah lagi, Dr. Zool Hilmi Bin Awang, Penasihat Pakar Perubatan Nuklear dan Ketua Perubatan Nuklear menasihatkan bahawa, “Alat-alat diagnostik yang efektik menyediakan pengiraan tomography untuk korelasi anatomik, ini membantu meningkatkan penjagaan kanser dalam mengenalpasti bahagian hypermetabolism yang diilustrasi dalam PET. Ianya melibatkan penyuntikan penjejak radioaktif yang selamat dan membantu mengecam sel-sel yang berjangkit, seperti yang dinasihatkan oleh seorang pakar. Selain daripada itu, kami juga boleh merawat kanser seperti tumor neuroendocrine, kanser prostat, dan kanser tiroid, bermakna, kami merawat apa yang kami lihat dan kami melihat apa yang kami rawat.”

Bersamaan dengan pelancaran Onkologi dan Perubatan Nuklear @Thomson Hospital, TKHD akan menawarkan beberapa promosi kesihatan (untuk waktu yang terhad sahaja) yang termasuk:

  1. Imbasan F-18 FDG PETCT pada harga promosi RM1,980 untuk setiap imbasan
  2. Ga-68 PSMA atau Ga-68 DOTATE pada RM2,600 untuk setiap imbasan
  3. Diskaun 20 peratus untuk ahli keluarga pesakit buat penskrinan kanser
  4. Nasihat rundingan kedua percuma dengan Pakar Penasihat Klinikal Onkologi kami
  5. Diskaun 15 peratus untuk pakej penskrinan Kesihatan Wanita 

Kemudahan Onkologi dan Perubatan Nuklear menyediakan pelbagai servis kanser menyeluruh yang merangkumi pencegahan, diagnosis, rawatan, bantuan rawatan dan penjagaan palliative – menyediakan pelbagai jenis pembedahan, terapi sistemik, radioterapi dan perubatan nuklear. Ianya juga menyediakan servis bersekutu seperti ujian makmal, pengimejan diagnostik, nutrisi, pemulihan, farmasi dan bantuan psycho-social.

Thomson Hospital senantiasa mendukung evolusi ekosistem yang menjana keselamatan, kesihatan dan kegembiraan untuk masyarakat pada waktu sekarang dan untuk masa hadapan dan berterusan untuk meningkatkan kualiti servis untuk pesakit sedia ada dan bakal pesakit. Dengan pelancaran kemudahan Onkologi & Perubatan Nuklear terkini, TKHD mahu menyediakan perubatan kesihatan komprehensif mengikut standard antarabangsa tertinggi melalui kemudahan bertaraf dunia.

The post Thomson Hospital Kota Damansara Lancar Rawatan Kanser Terbaru, Pertama Di Asia Pasifik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*