Awas, Bukan Lelaki Sahaja, Perempuan Pun Ada Potensi Kena Angin Pasang

angin pasang lelaki perempuan

Bukan Lelaki Sahaja, Perempuan Pun Ada Potensi Kena Angin Pasang

Angin pasang atau hernia merupakan satu masalah yang paling dikhuatiri berlaku kepada golongan lelaki kerana ia boleh menjejaskan kesuburan mereka.

Sekiranya menghadapi angin pasang, individu tersebut perlulah segera mendapatkan rawatan pakar kerana penyakit itu tidak oleh hilang dengan sendiri.

Pun begitu, sebenarnya apa punca kejadian angin pasang ini? Atau wanita juga berpotensi untuk kena penyakit itu?

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Hello Doktor bagi mengetahui perkara tersebut.

Kerap Meneran Punca Angin Pasang? Awas Ya, Lelaki & Wanita Boleh Kena!

Kredit: Hello Doktor

Apa itu hernia? Persoalan ini sering kali diajukan oleh segelintir masyarakat kita setiap kali berbicara tentangnya. Ini kerana ia lebih dikenali dengan nama tradisionalnya iaitu ‘angin pasang’.

Ramai juga yang percaya ia sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan lelaki sahaja. Ya, ia mungkin lebih berisiko kepada lelaki namun wanita juga boleh mengalaminya.

Bersempena Bulan Kesedaran Hernia Kebangsaan yang disambut pada Jun setiap tahun, marilah kita sama-sama memberi lebih perhatian kepada penyakit yang jarang berlaku namun berbahaya ini!

Jika ingin tahu lebih lanjut apa itu hernia, baca ini!

Apa itu hernia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita belajar serba sedikit mengenai penyakit angin pasang ini.

Apa itu hernia? Hernia atau angin pasang adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.

Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.

Kredit: Hello Doktor

Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.

Hernia mungkin tidak begitu berbahaya. Pun begitu, ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.

Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit angin pasang ini dan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Sudah tahu apa itu hernia? Jadi, ini pula penerangan tentang jenis angin pasang

Antara jenis hernia yang sering berlaku adalah seperti berikut:

#1. Inguinal hernia

Hampir 75% kes angin pasang yang dilaporkan adalah daripada jenis ini. Ia boleh berlaku di sekitar bahagian kelangkang atau perut serta boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

  • Angin pasang tidak langsung – Boleh berlaku kepada semua lelaki peringkat usia. Ia disebabkan oleh kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testis semasa dalam peringkat janin dahulu. Kebiasaannya, jalan ini akan tertutup sebelum bayi lahir. Jika tidak, ia boleh menyebabkan hernia pada kemudian hari
  • Angin pasang langsung – Boleh berlaku kepada semua golongan peringkat pertengahan usia serta orang tua. Ia disebabkan oleh dinding abdomen yang menjadi semakin lemah seiring dengan peningkatan umur. Kebiasaannya, ia akan berlaku pada kawasan perut dan sangat jarang turun sehingga ke dalam testis namun tidak mustahil terjadi
Kredit: Hello Doktor

#2. Femoral hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke kawasan sekitar paha.

#3. Umbilical hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke bahagian sekitar pusat.

Apa itu hernia #4. Hiatal hernia

Sebahagian usus perut terkeluar dari kawasan asalnya sehingga kaviti dada disebabkan oleh bukaan tidak normal pada diafragma.

#5. Incisional hernia

Bekas luka pembedahan yang terdahulu boleh menyebabkan dinding abdomen berubah dan menjadi lemah. Kesannya, tisu lemak mungkin boleh terkeluar dari tempat yang pernah dibedah.

Dalam pada itu, hernia juga boleh terjadi pada mana-mana bahagian yang mempunyai bukaan pada sekitar abdomen.

Puncanya, kerana dinding abdomen lemah akibat pelbagai faktor risiko.

Apa punca sebenar angin pasang?

Kebanyakan orang percaya bahawa hernia adalah disebabkan oleh terlalu banyak meneran terutamanya ketika proses membuang air besar atau kecil.

Ya, ia mungkin merupakan salah satu daripada penyebabnya.

Namun terdapat beberapa lagi faktor risiko lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan pada dinding abdomen sekali gus menyebabkan angin pasang.

Berikut adalah antara penyebabnya:

  • Dinding abdomen yang lemah
  • Obesiti
  • Kerap batuk
  • Kerap bersin
  • Selalu mengangkat objek berat
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Ada cecair di dalam ruang abdomen

Secara umumnya, kesemua jenis angin pasang boleh dirawat melalui pembedahan untuk menutup segala bukaan yang boleh menyebabkan kantung hernia terkeluar dari kawasan asalnya.

Namun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, cuba kurangkan segala faktor risiko seperti yang tertera di atas dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Wanita pun boleh kena hernia?

Kredit: Hello Doktor

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu hernia, jenis, punca dan rawatannya. Sekarang, kita beralih pula kepada soal jantina. Benarkah wanita boleh kena angin pasang?

Ya, bukan lelaki sahaja yang boleh mengalaminya, malahan wanita juga!

Ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti hernia yang boleh berlaku kepada lelaki. Antara jenis angin pasang yang kerap terjadi kepada wanita termasuklah:

  • Inguinal hernia (kategori angin pasang langsung)
  • Femoral hernia
  • Umbilical hernia
  • Incisional hernia

Simptomnya juga sama iaitu rasa sakit ketika abdomen menerima tekanan berlebihan. Pun begitu, terdapat penambahan faktor risiko yang lain iaitu kehamilan.

Jadi, ternyatalah bahawa kedua-dua jantina berisiko untuk mengalami penyakit angin pasang. Jika kalian mengesyaki mempunyai simptom, segera berjumpa pakar.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Wanita Maut Selepas Cuba Selamatkan Remaja Tergelincir Ketika Mendaki

The post Awas, Bukan Lelaki Sahaja, Perempuan Pun Ada Potensi Kena Angin Pasang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*