Wanita Maut Diserang Buaya Semasa Bawa Anjing Bersiar-Siar

wanita Maut diserang buaya

Wanita Maut Diserang Buaya Semasa Bawa Anjing Bersiar-Siar

Seekor buaya sepanjang 10 kaki dilaporkan telah membunuh seorang wanita berusia 69 tahun di South Carolina pada pagi Selasa lalu.

Memetik Daily Mail, ketika kejadian, wanita yang belum dikenal pasti itu dikatakan sedang membawa anjingnya keluar bersiar-siar.

Buaya itu ditemui sedang berada bersama mayat mangsa yang tidak lengkap di pinggir lagun berhampiran rumahnya di Kelab Golf Spanish Well, Pulau Hilton Head.

“Usaha menyelamat sedang dilakukan dan seekor buaya muncul mengawal wanita itu, mengganggu usaha kecemasan tersebut,” kata Pejabat Syerif Daerah Beaufort.

Buaya itu akhirnya telah dibunuh lalu dikeluarkan dari kawasan tersebut. Mayat wanita itu ditemui dan bedah siasat sedang dijalankan.

Laporan berkaitan serangan telah dibuat

Polis disertai Hilton Head Island Fire Rescue, Pejabat Koroner Daerah Beaufort dan kakitangan keselamatan Spanish Wells telah dipanggil sekitar jam 9.30 pagi.

Kredit WSAV

Laporan menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlaku serangan buaya berhampiran lagun bersempadan dengan padang golf tersebut.

Pelbagai usaha menyelamat telah dilakukan, namun keberadaan haiwan itu di sekitar mangsa telah mengganggu tindak balas kecemasan tersebut.

Berdasarkan laporan itu lagi, tidak jelas di mana wanita itu telah dibawa semasa serangan itu berlaku. Keberadaan anjing milik wanita itu juga tidak diketahui buat masa ini.

Hilton Head Island yang terletak di kawasan kejiranan mewah di Beaufort County telah disenaraikan sebagai salah satu tempat terbaik untuk didiami di South Carolina.

Pertembungan dan serangan buaya telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di seluruh Amerika Syarikat. Terutamanya di Florida dan Carolina Selatan.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Menurut saintis, apabila populasi dan pembangunan meningkat di Florida maka serangan buaya juga akan terus meningkat.

“Apabila populasi manusia menceroboh habitat buaya, serangan dan aduan gangguan juga akan terus meningkat,” menurut NIH.

Sementara itu, penduduk Daerah Beaufort khususnya di Sun City Hilton Head di mana serangan maut berlaku mengalami peningkatan sebanyak 88 peratus populasi.

Peningkatan itu berlaku dari 1990 hingga 2010 dan semakin meningkat sebanyak 24 peratus sejak dari itu.

Sumber: Daily Mail

The post Wanita Maut Diserang Buaya Semasa Bawa Anjing Bersiar-Siar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*