Awie Pun Terjebak, Nyanyi Lagu Nur Nilam Sari Versi ‘Pinjam Seratus’

Awie Nur Nilam Sari

Awie Pun Terjebak, Nyanyi Lagu Nur Nilam Sari Versi ‘Pinjam Seratus’

Lagu-lagu era 90-an sangat diminati ramai dan sehingga kini ia masih meniti di bibir-bibir masyarakat tidak mengira usia.

Dari lagu penyanyi solo sehinggalah lagu penyanyi berkumpulan, ia sangat ‘evergreen’ dan disukai ramai.

Antara penyanyi berkumpulan yang sangat popular sekitar era itu adalah kumpulan Wings, Search, Shades dan macam-macam lagi.

Bercakap soal kumpulan Wings, baru-baru ini telah tular berkenaan lagu mereka bertajuk Nur Nilam Sari yang diubah liriknya menjadi jenaka.

Lagu yang diterbitkan pada tahun 1998 itu pernah menjadi siulan ramai pada tahun tersebut dan sehingga kini.

Jika penyanyi lain mungkin tidak gemar untuk melihat lirik lagu asalnya diubah menjadi sesuatu yang berlainan.

Namun berbeza dengan Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings tersebut.

Malah menerusi perkongsian TikTok miliknya baru-baru ini, dia sempat dilihat menyanyikan semula lagu itu menggunakan lirik baharu yang tular tersebut.

Nyanyi ikut lirik tular di media sosial

Kredit TikTok

Awie dilihat menyanyikan lagu tersebut seperti berikut: “Pinjam seratus Nur Nilam Sari, pakai dulu bayar nanti.

Nyanyian singkat Awie itu jelas terdengar lirik yang diubah seperti lirik tular di media sosial.

Lirik asal lagu tersebut sepatutnya adalah: “Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari, buatku merempuhi malam.”

Awie juga kelihatan sangat tenang mendendangkan lagu tersebut dan tidak menunjukkan reaksi marah mahupun tegang.

Kredit TikTok

Menerusi perkongsian itu jelas sekali menunjukkan bahawa Awie terhibur dengan lirik baru lagu popular tersebut.

“Hehehe, aku pun terbabit. Naye,” tulis Awie dalam perkongsian video tersebut.

Perkongsian Awie itu seterusnya telah mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Hahahaha. Owner lagu pun terjebak. Terbaik abang Awie,” tulis seorang netizen yang terhibur.

“Aku risau time Dato Awie nyanyi lagu Nur Nilam Sari masa show dia guna lirik ni,” tulis seorang netizen lagi.

“Boleh jadi pelapis Awie ni. Suara sebiji,” gurau seorang netizen selepas menonton video tersebut.

@awiealpamalo

♬ Nur Nilam Sari – Search & Awie

Sumber: TikTok/@awiealpamalo

The post Awie Pun Terjebak, Nyanyi Lagu Nur Nilam Sari Versi ‘Pinjam Seratus’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*