Bau Busuk Dalam Kebun Getah, Rupanya Mayat

mayat dalam kebun getah

Bau Busuk Dalam Kebun Getah, Rupanya Mayat

Teka-teki yang timbul selepas bau busuk muncul dalam kawasan kebun getah di Kampung Pahit Dalam, Gerik akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya datang dari sekujur mayat.

Lapor Sinar Harian, penemuan mayat lelaki berusia 43 tahun yang hampir reput itu disedari orang awam sekitar 9.40 pagi tadi sebelum ia dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berkasut, selain hanya berseluar panjang berwarna hitam.

“Mangsa merupakan penduduk tempatan kampung tersebut dan dijumpai meninggal dunia dalam kawasan kebun di pondok milik mangsa sendiri,” katanya, memetik Sinar Harian.

Bagaimanapun difahamkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui pihak polis di lokasi kejadian yang boleh dikaitkan dengan mangsa.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Jelasnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut buat masa ini.

Mayat terbakar ditemui dalam kebun kelapa sawit

Sebelum ini, kes hampir serupa turut pernah berlaku melibatkan penemuan mayat yang sudah terbakar di tepi kebun kelapa sawit dalam kejadian di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor bulan lepas.

Memetik laporan terdahulu, mayat tanpa identiti itu disedari orang awam susulan mereka ternampak asap di sebalik semak-samun sewaktu melalui kawasan berhampiran sekitar pukul 7 pagi hari kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias, pihaknya ketika itu telah menerima maklumat berhubung kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Kita masih menjalankan siasatan awal berhubung penemuan mayat berkenaan,” ujarnya sewaktu dihubungi media ketika itu.

BACA JUGA:Wanita Sumbat Mayat Ibu Dalam Bagasi & Bawa Ke Balai Polis

BACA JUGA: ETAP Imbuhan Tambahan Kepada Pegawai Perubatan Ketika “On Call” Lepas Waktu Bekerja Biasa – KKM 

Sumber: Sinar Harian

The post Bau Busuk Dalam Kebun Getah, Rupanya Mayat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*