Ayah Berlakon Tak Sedarkan Diri, Anak Cemas, Jerit Suruh Bangun Bikin Terhibur

ayah tak sedarkan diri

Ayah Berlakon Tak Sedarkan Diri, Anak Cemas, Jerit Suruh Bangun Bikin Terhibur

Kebiasaannya, apabila bayi yang comel menginjak usia, mereka cenderung untuk meniru gelagat yang ditunjukkan oleh orang sekeliling, sebagai proses pembelajaran.

Ketika dalam usia tujuh bulan hingga tiga tahun, ibu bapa kemungkinan akan mengambil inisiatif untuk mengajar anak-anak mereka tentang cara bercakap dan sebagainya.

Seiring dengan pembelajaran, ibu bapa juga akan menyelitkan sedikit gurauan mengusik untuk melihat reaksi anak-anak berkaitan sesetengah topik.

Disebabkan pendedahan itu baru buat mereka, kanak-kanak yang polos akan menunjukkan reaksi yang telus dan tindakan itu membuatkan ibu bapa terhibur dengan gelagat mereka.

Anak cemas ayah tak sedarkan diri

Misalnya seperti satu rakaman tular yang memaparkan seorang bayi berdepan detik cemas apabila ayahnya dikatakan tidak bernyawa terbaring di hadapannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya @farahfara0807, kanak-kanak yang diberi nama Abdul Wafi itu berasa panik apabila ayahnya tidak bangun-bangun selepas terbaring.

Pada permulaan video, Abdul Wafi menampar perlahan muka ayahnya sebagai isyarat supaya ayahnya bangun.

Bagaimanapun selepas ditampar muka ayahnya berkali-kali, bapanya masih terbaring tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Perkara itu membuatkan Abdul Wafi panik, kerana bimbang ayah kesayangannya sudah tidak bernyawa.

Perasaan takut yang dirasai tidak boleh disorok apabila mukanya jelas menunjukkan rasa ketakutan, cemas dan sebagainya.

Kredit: @farahfara0807/TikTok

Dalam keadaan takut, Abdul Wafi masih lagi berusaha untuk mengejutkan ayahnya. Sambil kanak-kanak itu menampar muka bapanya, dia menjerit perlahan memanggil ayahnya.

“Ayah…ayah angun (bangun),” jeritnya. 

BACA: Guna Cara Ini, Tak Sampai 10 Minit Nasi Dah Masak

Ibunya yang merakam kejadian itu sengaja menambahkan ketakutan dengan mengatakan suaminya tidak bangun-bangun disebabkan Abdul Wafi suka mengusik ayahnya.

Ayok, itulah buat ayah lagi,” usik ibunya.

Abdul Wafi yang berada dalam keadaan panik itu semakin takut apabila ibunya menyimbah kata-kata tersebut memburukkan lagi keadaan. 

Kemungkinan apa yang tidak disedari oleh Abdul Wafi situasi itu adalah direka semata-mata mahu mengusiknya.

Namun, kanak-kanak yang polos itu semestinya tidak mengetahui situasi sebenar dan terpaksa berhadapan, menggunakan segala usaha yang ada untuk menyedarkan ayahnya.

Tidak lama kemudian, ayahnya mula sedar daripada lakonan dan membuka matanya sambil terbatuk-batuk, melakonkan babak telah sedar diri.

Kredit: @farahfara0807/TikTok

“Terima kasih Wafi,” kata ayahnya yang masih dalam ‘watak’ itu.

Abdul Wafi mula menunjukkan muka gembira selepas ayahnya mula menyedarkan diri.

Video itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai dan mencecah tontonan kira-kira 2.1 juta ketika artikel ini ditulis.

@farahfara0807

Beria Wafi belasah ayah tadi. Bile ayah tak sedar baru tahu takut 🤣 Kelakarlah anak bujang mama ni 💕

♬ original sound – Farahfara – Farahfara🌸

Sumber: @farahfara0807/TikTok

The post Ayah Berlakon Tak Sedarkan Diri, Anak Cemas, Jerit Suruh Bangun Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*