Tak Dapat Tahan Sebak, Pelajar Nangis Selepas Guru Tunjuk Cara Ibu Bapa Mereka Bekerja

pelajar ibu bapa bekerja

Pelajar Nangis Selepas Guru Tunjuk Cara Ibu Bapa Mereka Bekerja

Orang pernah berkata kasih ibu ini membawa sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tiada ganti di dunia.

Walaupun kata-kata tersebut acap kali didengari namun itu merupakan mutiara kata yang perlu diingatkan kepada kita semua yang bergelar anak.

Tidak kira setinggi mana pun darjat dan pangkat, ia tidak akan tercapai sekiranya tiada ibu bapa kita di dunia ini.

Sebagai seorang anak yang berwibawa, kita mestilah sentiasa patuh dengan segala arahan yang diberikan kepada ibu bapa sebagai tanda hormat kepada mereka.

Pun begitu, dalam menghargai segala usaha yang diberikan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anaknya berjaya, kita juga mestilah mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar semula kebaikan mereka.

Bagi memastikan anak-anak sedar akan perkara itu, penyedaran mengenai realiti mestilah ditunjukkan sewaktu mereka kecil.

Perkara ini bukan sahaja membantu membuatkan kanak-kanak lebih bersemangat untuk belajar malah ia juga meningkatkan rasa kehormatan kepada ibu bapa mereka.

Cikgu kongsi klip ibu bapa pelajar bekerja

Kredit: Zennibit/Youtube

Seperti yang tular baru-baru ini, di mana seorang guru memaparkan kepada pelajar cara ibu bapa bekerja supaya anak-anak itu menjadi lebih menghargai jasa-jasa mereka.

Menerusi perkongsian Zennibit di Youtube, potongan klip itu merupakan kompilasi pekerjaan ibu bapa pelajar di sekolah tersebut.

Semasa klip itu dimainkan, mata kanak-kanak itu tertumpu pada skrin itu dan tidak ada seorang dari mereka yang mengalihkan pandangan.

Antara pekerjaan ibu bapa pelajar adalah mengangkat karton air, seguni beras dan kebanyakan adalah pekerjaan yang berat, yang dilakukan oleh para mereka.

Kemudian, guru juga mengambil peluang menyelitkan klip cara ibu bapa makan dalam keadaan bekerja. Walaupun muka dipenuhi dengan habuk namun, mereka tetap makan dengan berselera.

Kredit: Zennibit/Youtube

Perkara itu membuatkan kanak-kanak sebak dan kemudiannya menangis, kemungkinan terbit perasaan kasihan kepada ibu bapa mereka.

Rata-rata antara mereka mula menitiskan air mata membayangkan pengorbanan ibu bapa dalam memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

Kredit: Zennibit/Youtube

Para pelajar menangis teresak-esak dan seperti penyakit, air mata itu mula berjangkit kepada semua pelajar yang berada di dalam kelas itu.

Adalah penting untuk menghargai pengorbanan ibu bapa dan membalasnya ketika dewasa menunjukkan kita yang bergelar anak ini menghargai jasa mereka.

Saksikan video penuh di bawah ini.

Sumber: Zennibit/Youtube

The post Tak Dapat Tahan Sebak, Pelajar Nangis Selepas Guru Tunjuk Cara Ibu Bapa Mereka Bekerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*