Ayah Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Akui Tiada Duit Pengebumian

mayat bayi peti sejuk

Ayah Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Akui Tiada Duit Pengebumian

Gara-gara tidak mempunyai wang untuk pengebumian, seorang ayah di Indonesia bertindak menyimpan mayat bayinya yang baru meninggal dunia di dalam peti sejuk, lapor Tribun News.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di daerah Ciledug, Kota Tangerang di Jakarta pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ciledug, Dorisha Suryo mengesahkan lelaki itu mengakui tidak mempunyai wang untuk mengebumikan anaknya selain mengalami kesempitan hidup.

Disebabkan buntu dengan masalah yang dihadapi, lelaki itu membuat keputusan untuk memasukkan mayat bayi ke dalam peti sejuk beku secara sementara.

“Dia tidak mempunyai duit dan keluarga di Ciledug, jadi bayi itu dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.

“Perkara itu hanyalah sementara kerana dia menunggu untuk membuat surat kematian di daerah untuk dikebumikan,” ujarnya memetik Kompas.com.

Jelas Dorisha, lelaki terbabit terpaksa melakukan perkara sedemikian kerana sebelum ini pernah melihat pihak hospital menyimpan bayi yang meninggal dunia di dalam peti sejuk.

Difahamkan mayat bayi itu ditemui di dalam peti sejuk oleh penduduk tempatan, sebelum dibawa keluar dan dikebumikan di Selapajang sekitar 11 pagi hari kejadian.

Pun begitu, pihak polis masih menyiasat pengakuan lelaki tersebut mengenai penyimpanan mayat bayinya di dalam peti sejuk.

Tambah Dorisha, setakat ini pihaknya hanya menerima maklumat daripada lelaki itu seorang mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, isteri lelaki itu pula masih belum ditemui polis kerana keadaannya yang kritikal selepas bersalin.

Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati bayi tersebut meninggal dunia semasa masih berada dalam kandungan ibunya.

Walau bagaimanapun, perbuatan lelaki itu dan lokasi mayat bayi diketahui dua hari selepas hari kejadian.

BACA: Anggota PGA Meninggal Akibat Strok Haba Berhasrat Nak Jadi Komando – Ibu

Proses pengebumian selesai

Manakala, Ketua Daerah Ciledug, Marwan berkata penduduk melaporkan kewujudan mayat bayi dalam peti sejuk itu kepada pihak berwajib di Kampung Bandar Sudimara Jaya.

“Ada yang melaporkan ke pentadbiran sekiranya ada (penduduk) meninggal dunia,” katanya.

Apabila menerima laporan daripada pegawai Kampung Bandar Sudimara Jaya, Marwan terus ke lokasi kejadian.

“Petugas pentadbiran datang ke rumah dan ternyata bayi itu berada di dalam peti sejuk beku,” jelasnya.

Kata Marwan, pegawai yang bertugas kemudiannya segera meminta maklumat daripada lelaki yang terlibat itu.

Marwan mengesahkan pihaknya telah mengiringi keluarga bayi berkenaan untuk menguruskan urusan pengebumian dan membuat kad pengenalan.

“Mereka (keluarga tersebut) baru tinggal di sini dan tidak memaklumkan kepada organisasi berkaitan.

“Tetapi kami telah menguruskannya dan kami telah membantu mengebumikan mayat bayi itu di Selapajang.

“Sekarang kakitangan kami turut membantu mereka yang berkenaan membuat kad pengenalan di sini supaya mereka boleh menggunakan Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS),” tambahnya.

Sumber: Tribun News

The post Ayah Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Akui Tiada Duit Pengebumian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*