Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live In Kuala Lumpur

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live In Kuala Lumpur

Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular  kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan  muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Peminat peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun (9)  tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan  persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya mereka akan  beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi  meraikan sambutan ulangtahun ke-19 kumpulan ini.  

Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai  antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.  Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi  siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.  

Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie  Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan  pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits  mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi  yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan  dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.  

19th Anniversary Repvblik Band

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula  dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box  pada harga RM4,800.  

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu  yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album  mereka. Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif  sudah menghasilkan lapan (8) album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik  pada tahun 2004 dan pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu 

iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut. 

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang  sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan, beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar  (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007. 

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta  jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu  di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan  dicorong-corong radio tempatan.  

19th Anniversary Repvblik Band

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling  ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang  ini.  

Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management dan Boomset Planning  yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, sudah pasti sesuatu  yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa  semua yang hadir.  

Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan  penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM yang bertindak sebagai radio rasmi.  Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia  yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan  konsert ini.  

Peminat boleh mengikuti informasi-informasti berkaitan konsert ini di platform sosial  media Aytie Management dan dalam masa sama, pelbagai pertandingan akan  dianjurkan oleh Hot FM dan Molek FM, peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan konsert serta cenderahati ekslusif sempena 19th  Anniversary Repvblik live in Kuala Lumpur.

The post Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live In Kuala Lumpur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*