Babak Putera Cetus Kontroversi, Drama Popular Korea “King The Land” Mohon Maaf

king the land mohon maaf

Babak Putera Cetus Kontroversi, Drama Popular Korea “King The Land” Mohon Maaf

Syarikat produksi drama Korea Selatan, King the Land tampil memohon maaf berkenaan satu babak dalam drama berkenaan yang mencetuskan kontroversi.

Menurut Koreaboo, permohonan maaf dwi-bahasa itu telah dimuat naik di laman Instagram syarikat produksi berkenaan, JTBC baru-baru ini.

Kontroversi melanda drama popular berkenaan selepas beberapa babak menggambarkan seorang putera dari sebuah negara di Timur Tengah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Produksi drama King The Land mohon maaf

“Kami ingin menzahirkan perasaan kesal dan permohonan maaf secara terbuka kerana mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penonton kerana gagal mengambil kira faktor budaya asing.

“Sungguhnya, kami tidak berniat untuk mempersendakan sesebuah negara atau budaya sepanjang proses pembikinan drama terbabit.

BACA: “Takut Nak Tolak…”, Gadis Buntu Mak Ayah Cuba ‘Aturkan’ Jodoh Dengan Anak Kawan

“Bagaimapun, kami menyedari bahawa terdapat kekurangan di pihak kami dalam memahami, merasai dan memberi pertimbangan terhadap budaya-budaya berbeza.

“Justeri, kami berikrar akan melakukan yang terbaik di masa akan datang dalam menghasilkan kandungan hiburan yang boleh dinikmati semua pihak,” kata kenyataan itu.

JTBC juga memberi jaminan bahawa pihaknya akan menilai semua beberapa babak yang dianggap bermasalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

BACA: Cadangan Kekal MB Selangor, Perlu Diterjemah Kemenangan Dalam PRN – Amirudin

Terdahulu, babak kontroversi melibatkan putera itu ditayangkan menerusi episod ketujuh dan kelapan drama berkenaan.

Watak putera mahkota itu dilakonkan oleh Anupam Tripathi, yang sebelum ini pernah muncul melalui drama popular, Squid Game.

Beberapa adegan yang dipaparkan dikatakan tidak menggambarkan budaya yang diamalkan oleh penduduk negara asal putera berkenaan .

King The Land yang kini ditayangkan di saluran Netflix turut dibintangi beberapa pelakon terkenal antaranya
Lee Jun-ho, Im Yoon-ah, Ko Won-hee dan Kim Ga-eun.

Drama berkenaan mengisahkan Gu Won (Lee Jun-ho), seorang anak lelaki daripada keluarga chaebol. Keluarganya memiliki pelbagai perniagaan termasuk perniagaan hotel mewah dibawah King Group.

Kisahnya bermula apabila Gu Won terpaksa terlibat dalam ‘peperangan’ untuk mewarisi perniagaan King Group tersebut. Ketika menguruskan perniagaan berkenaan, Gu Won bertemu dan jatuh cinta dengan Cheon Sa-Rang (Im Yoon-ah).

BACA: Malaysia Dahulu Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Sumber: Koreaboo

The post Babak Putera Cetus Kontroversi, Drama Popular Korea “King The Land” Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*