Baidu Umum Cipta “Chatbot” AI Baharu, Mahu Tandingi ChatGPT

baidu umum cipta "chatbot" AI baharu

Baidu Umum Cipta “Chatbot” AI Baharu, Mahu Tandingi  ChatGPT

Tidak mahu ketinggalan, Baidu umum bahawa sedang cipta chatbot AI Baharu yang setanding dengan sistem ChatGPT

BEIJING — Carian enjin gergasi China, Baidu hari ini mengumumkan sedang membangunkan Chatbot AI baharu berkuasa, “Ernie Bot” untuk memberi saingan kepada ChatGPT.

Memetik AFP, Baidu merupakan sebuah syarikat terbesar di China.

Ernie Bot dijangka menggabungkan perkhidmatan carian utama yang membolehkan pengguna mendapat maklum balas pada hasil carian mereka. Berbeza dengan hasil carian terdahulu yang memaparkan senarai pautan termasuk ChatGPT.

Ia juga bebas dalam mencipta teks yang disintesis bot, audio, dan video tanpa sebarang halangan. Namun tarikh pelancaran AI itu masih belum diketahui.

Menurut jurucakap syarikat Baidu, mereka berkemungkinan akan menyelesaikan ujian dalaman pada bulan Mac depan sebelum dilancarkan kepada orang ramai.

Susulan pengumuman itu, saham Baidu melonjak sebanyak 15 peratus.

Pembangunan enjin dilakukan sejurus ChatGPT mencetuskan fenomena dalam kepintaran teknologi pembuatan. Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat kecil China turut mula “meniru” carian enjin bagi memberi saingan kepada ChatGPT.

Sejak kebelakangan ini, syarikat gergasi itu telah terlibat dalam penghasilan bot pintar, pengkomputeran awan (computing cloud) dan teknologi pemanduan autonomi.

Keputusan itu dibuat selepas hasil iklan yang kurang memberangsangkan dan sistem keselamatan yang ketat.

BACA JUGA: Luqman Hakim Sah Sertai Njarðvík FC Secara Pinjaman

Bagaimanapun, kebolehan dan keupayaan sistem ini boleh membawa kepada penyalahgunaan data maklumat, penipuan kewangan dan merosakkan reputasi hingga ke peringkat global.

Menurut, Kumpulan Perunding Eurasia, mereka memanggil sistem AI sebagai “senjata”.

Tambahan lagi, kerajaan China turut melaungkan amaran bahawa penggunaan teknologi seperti chatbot mendorong kepada ancaman keselamatan dan kestabilan negara.

Untuk makluman, ChatGPT telah diciptakan oleh syarikat San Francisco OpenAI. Ia semakin mencuri perhatian ramai selepas memaparkan kemampuan dalam menulis esei, puisi atau kod pengaturacaraan dalam tempoh beberapa saat.

Tambahan lagi, ia diciptakan bagi membawa perubahan dan menjamin profesion yang telus.

Sementara itu, Syarikat Microsoft telah melaburkan berbilion-bilion dalam firma ChatGPT dan Google bagi mengusahakan saingan terbaharu yang dikenali sebagai Bard.

Terdahulu, Bot AI ChatGPT  telah mendapat kelulusan untuk digunakan dalam Peperiksaan Pelesenan Perubatan di Amerika Syarikat (USMLE) baru-baru ini, lapor Entrepreneur India.

Difahamkan, ia berfungsi dalam asas operasi pengurusan dan proses analisis soalan termasuk kajian kes.

Sumber: AFP

The post Baidu Umum Cipta “Chatbot” AI Baharu, Mahu Tandingi ChatGPT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*