Bakal Dilancarkan Awal Pagi Nanti, Ini Mungkin Benda Baru Yang Ada Pada iPhone 15

Ciri iPhone 15

Bakal Dilancarkan Awal Pagi Nanti, Ini Mungkin Benda Baru Yang Ada Pada iPhone 15

Seperti yang kita semua sedia maklum, Apple akan memperkenalkan gajet terbaharu mereka kepada umum pada September setiap tahun.

Pada tahun ini, Apple dijadualkan akan membuat pelancaran rasmi iPhone 15 dan beberapa peranti yang lain pada 12 September (awal pagi 13 September waktu Malaysia)

Susulan itu, khabar angin mengenai ciri-ciri pada peranti pintar itu semakin menjadi topik hangat. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang dijangka bakal diperkenalkan pada iPhone 15.

Port USB-C

Penukaran port pengecasan dari Port Lightning kepada Port USB-C merupakan salah satu satu perubahan terbesar yang diramal dalam acara tahunan Apple kali ini.

Langkah tersebut dijangka dilaksanakan pada iPhone keluaran terbaharu, menyusul peranti terkini Apple seperti iPad dan MacBook yang telah beralih kepada Port USB-C.

Tambahan lagi, port pengecasan itu telah banyak diperkenalkan oleh banyak peranti syarikat lain.

Pembaharuan ini juga bagi mematuhi undang-undang yang telah diluluskan oleh Kesatuan Eropah berhubung penggunaan Port USB-C pada semua peranti pintar.

Difahamkan, undang-undang tersebut bakal berkuatkuasa pada tahun hadapan. Justeru, Apple juga perlu menukar port pengecasan yang menjadi identiti buat jenama tersebut.

Reka Bentuk iPhone 15

Gambar: AFP

Selain itu, reka bentuk iPhone 15 antara perkara paling dinantikan oleh peminat di luar sana. Menurut laporan Tech Radar, reka bentuk iPhone 15 berkemungkinan menggunakan kembali bahagian sisi melengkung seperti model iPhone 11.

Peranti tersebut juga dijangka mengekalkan kaca jenis Matte pada panel belakang seperti iPhone 14 Pro.

BACA JUGA: iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C Menjelang 2023

Tambah portal itu lagi, iPhone 15 Pro dijangka dilengkapi dengan titanium pada sisi dan bezel atau skrin yang lebih nipis.

Sementara itu, CNET memaklumkan, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mungkin didatangkan dengan warna hitam, merah jambu, kuning, biru dan hijau sama seperti iPhone 14.

Manakala bagi model Pro dan Pro Max pula disertakan dengan empat warna pilihan, hitam, perak, emas dan ungu.

Ciri-Ciri

Difahamkan, khabar angin menyatakan model baharu itu diramal masih mengekalkan  sensor utama 48 megapiksel seperti yang terdapat pada versi 14 Pro dan Pro Max. Manakala 12 megapiksel bagi ultrawide dan 12 megapiksel bagi kamera hadapan.

Bagi iPhone 15 versi Pro dan Pro Max, ia dijangka bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaharu syarikat itu, A17 Bionic. Manakala iPhone 15 dan iPhone 15 Plus kekal dengan A16 Bionic, lapor Tech Radar.

Semua model iPhone 15 dijangka menampilkan Dynamic Island pada layar skrin atas seperti yang diperkenalkan pada siri 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dahulu.

 

Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Yahoo News, Tech Radar

The post Bakal Dilancarkan Awal Pagi Nanti, Ini Mungkin Benda Baru Yang Ada Pada iPhone 15 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*