Polis Siasat Kes Tular Video Kamera Tersembunyi Bilik Persalinan Didakwa Dirakam Di Pusat Beli-belah

Polis Siasat Kes Tular Video Kamera Tersembunyi Bilik Persalinan Didakwa Dirakam Di Pusat Beli-belah

Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berkenaan video tular di media sosial membabitkan rakaman di bilik persalinan yang didakwa berlaku pada di sebuah pusat membeli belah.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Bin Yahaya, Bahagian Siasatan Jenayah menerima laporan tersebut pada 9 Januari lalu.

Susulan siasatan awal yang dijalankan, pihaknya mengesan satu video berdurasi 11 saat yang dimuat naik di akaun Twitter yang memaparkan kejadian rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan pusat membeli belah.

”Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut berlaku. Perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak melakukan apa-apa perkara yang disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang.

Bagi sesiapa yang memiliki maklumat yang dapat membantu siasatan, anda boleh menghubungi menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Fikri Bin Abdul Manan (013-4149917) atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

BACA: Pornografi Kanak-Kanak: Awas, Penjara ‘Menanti’ Kalau Buat 3 Benda Ni – Peguam

Sumber: Polis KL via Facebook

The post Polis Siasat Kes Tular Video Kamera Tersembunyi Bilik Persalinan Didakwa Dirakam Di Pusat Beli-belah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*