Intana Ria 3 – PKNS Beri Komitmen Pemilikan Rumah Menyokong Pembangunan Perniagaan Di Bangi

BANDAR BARU BANGI, 16 Januari 2023 – Tahun 2023 membawa harapan baharu kepada bakal pembeli rumah di Malaysia bagi merealisasikan matlamat pemilikan rumah mereka. Memahami keperluan golongan muda dan profesional ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melancarkan projek Intana Ria 3, bagi menambah portfolio kediaman mampu miliknya di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Abbas berkata, pemilikan rumah terus menjadi keutamaan PKNS sebagai sebahagian daripada pembangunan di Selangor. Projek Intana Ria 3 mewakili komitmen PKNS ke arah menyediakan kediaman mampu milik kepada penduduk Bangi dan kawasan sekitarnya.

“Kehadiran kami dalam membangunkan Bangi menjangkau 25 tahun dan merupakan salah satu kisah kejayaan PKNS dalam pembangunan perbandaran. Dengan pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat di sekitar Bangi selama ini, kami yakin pembangunan kediaman ini akan memberi nilai tambah kepada pusat perniagaan di Bangi dengan menyediakan kediaman kepada mereka yang baru berkeluarga dan berminat menjadikan Bangi sebagai pusat kediaman mereka,” tambah beliau.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM78 juta, Intana Ria 3 dibina di kawasan seluas 2.82 ekar. Bermula dari harga RM399,000 hingga RM423,000, ia meletakkan projek kediaman 13 tingkat dan mempunyai 200 unit ini sebagai pembangunan mampu milik dengan kepadatan rendah di dalam komuniti yang terkawal. Intana Ria 3 merupakan fasa akhir projek kediaman Intana Ria yang dibina oleh PKNS sejak tahun 1998 di Bandar Baru Bangi.

Terdiri daripada saiz binaan seluas 906.86 kaki persegi untuk Jenis A1 dan A2, setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan peruntukan dua tempat letak kereta setiap satu. Direka bentuk dengan konsep ruang terbuka, setiap unit menawarkan fleksibiliti yang lebih luas kepada satu keluarga dari segi penggunaan ruang yang ditunjukkan menerusi susun atur ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas.

Pintu masuk bilik dibina untuk menampakkan lebih privasi, manakala pencahayaan semula jadi dengan pengudaraan yang baik disepadukan melalui penempatan strategik tingkap di sekeliling unit, dengan siling yang tinggi. Kediaman ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium luar, ruang musolla, bilik bacaan, dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak yang boleh digunakan oleh semua penduduk bagi mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Dikelilingi oleh perbandaran Bandar Baru Bangi yang serba lengkap, Intana Ria 3 berdekatan dengan rangkaian kejiranan dan kemudahan seperti sekolah, masjid, restoran, pusat perubatan dan pejabat kerajaan. Selain itu, peluang pekerjaan untuk golongan dewasa turut terbuka luas melalui kawasan perniagaan dan perindustrian yang berdekatan. Malah, bagi mereka yang mempunyai anak yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi, institusi pengajian seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga terletak tidak jauh daripada kawasan kediaman ini.

Kemudahan akses yang mudah juga adalah satu lagi aspek penting yang perlu diambil kira untuk pembangunan sesebuah kediaman. Penduduk Intana Ria 3 mempunyai banyak pilihan hub pengangkutan seperti stesen KTM Kajang, stesen MRT Kajang, serta perkhidmatan bas RapidKL. Jaringan akses keluar ke Kuala Lumpur juga mudah melalui beberapa lebuh raya berdekatan antaranya Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya MEX dan Lebuhraya Kajang-Seremban.

Bagi mereka yang ingin memiliki unit Intana Ria 3, kunjungi rumah pameran Intana Ria 3 bertempat di Jalan 7/1F, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/PKNSIntanaRia3 atau hubungi 03-5022 0189 / http://www.wasap.my/60109280187

The post Intana Ria 3 – PKNS Beri Komitmen Pemilikan Rumah Menyokong Pembangunan Perniagaan Di Bangi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*