Bank Islam Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir

bank islam moratorium enam bulan

Bank Islam Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada  pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir.

Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Bank Islam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemudahan moratorium itu turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya.

Bank tersebut memaklumkan  kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

BACA: Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir – PM Anwar

“Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam bulan.

“Bantuan kewangan ini dibuka kepada semua kemudahan kredit dengan bayaran berjadual atau secara kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Kredit Pusingan & Aliran Tunai serta Kemudahan Perdagangan,” katanya.

Permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian dan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di contactcenter@bankislam.com.my atau 03- 26 900 900  sementara pelanggan perniagaan boleh menghantar e-mel ke smeassist@bankislam.com.my.

Sumber: BERNAMA

The post Bank Islam Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*