Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk Penjaga OKU Terlantar Atau Pesakit Kronik Terlantar

bantuan rm500 oku terlantar

Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk Penjaga OKU Terlantar Atau Pesakit Kronik Terlantar

Tahukah anda Belanjawan 2023 tahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan peruntukan khas bantuan penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar (BPT)?

Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023. Ia disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga.

Ia juga bagi menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik. Kerajaan memperuntukkan RM500 sebulan kepada pemohon yang layak memohon BPT ini.

Kelayakan

Anda mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia sahaja. Pemohon juga mestilah penjaga sepenuh masa atau memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar atau pesakit terlantar atau pesakit kronik yang memerlukan penjagaan dan pengawasan.

Selain itu, pendapatan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM3,000. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di mana-mana peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan, pihak JKM akan menjalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan permohonan pemohon.

Pemohon juga digalakkan membawa dokumen seperti salinan kad pengenalan diri pemohon, salinan kad pengenalan diri suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama. Salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama. Termasuk salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen berkaitan ke pejabat kebajikan masyarakat.

Bagi memudahkan urusan, pemohon boleh melengkapkan borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) atau JKM20 (Borang Kaji Semula Bantuan).

Sumber: MANFAAT

BACA: Nak Bunuh Lipas, Bakar Apartment

The post Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk Penjaga OKU Terlantar Atau Pesakit Kronik Terlantar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*