Banyak Bahaya Menanti, Ini Risiko Jika Buat Lesung Pipit Palsu

Risiko Lesung Pipit

Banyak Bahaya Menanti, Ini Risiko Jika Buat Lesung Pipit Palsu

Seperti yang diketahui, setiap orang dilahirkan dengan bentuk fizikal dan akal yang sihat. Walau bagaimanapun, tidak semua mempunyai nasib yang serupa.

Ada juga yang dilahirkan dengan serba kekurangan seperti mengalami kecacatan. Kebanyakan orang menganggap ia satu kekurangan pada diri mereka.

Namun pernahkah terfikir sebenarnya terdapat kecacatan yang dianggap satu kelebihan atau kecantikan semula jadi? Jawapannya adalah lesung pipit.

Disebabkan tidak ramai yang “mewarisi” kecacatan ini, ada yang sanggup untuk berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan lesung pipit ini menerusi kaedah pembedahan.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya mempunyai pelbagai risiko yang mungkin ramai tidak sedar dan tidak tahu.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini juga telah memaklumkan bahawa mencipta lesung pipit melalui kaedah pembedahan mahupun bertindik bagi tujuan kecantikan adalah haram bagi umat Islam.

BACA: Cipta Lesung Pipit Buatan Supaya Tampak Lebih Cantik, Mufti WP Perjelas Hukumnya

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah.

 Sembilan Risiko Buat Lesung Pipi, Yang Mungkin Berlaku

Kini, sedang popular satu prosedur operasi minor yang kononnya mampu membentuk lekuk pada pipi bagi mencipta fake dimple di wajah. Apa yang ramai orang tidak tahu, ia mempunyai risiko untuk menghasilkan lesung pipit cacat, lantas menjejaskan kecantikan dan kesihatan kulit muka. Benarkah?

Apa maksud sebenar di sebalik lekuk pada pipi?

Buat anda yang belum tahu, lekuk kecil di pipi adalah kesan daripada kecacatan genetik pada otot wajah Zygomaticus Major di mana ia terbelah kepada dua bahagian ketika masih dalam janin lagi.

Akibat pembelahan secara semula jadi pada otot wajah itu, proses ini membuatkan ia lebih pendek berbanding normal sekali gus menyebabkan muncul sesuatu yang mungkin lebih popular dengan istilah lesung pipit.

BACA JUGA: Cipta Lesung Pipit Buatan Supaya Tampak Lebih Cantik, Mufti WP Perjelas Hukumnya

Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, dianggarkan bahawa cuma 20% manusia di dunia yang mempunyai lesung pipit. Lebih 50% daripada jumlah itu pula mewarisi fitur unik ini daripada ibu bapa masing-masing.

Gambar: Hello Doktor

Ajaibnya, lekuk kecil di pipi ini mungkin telah muncul ketika bayi. Tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja dan mungkin dewasa. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka atau penuaan tubuh badan secara semula jadi.

Disebabkan itu pula, ramai yang mungkin ingin membuat lesung pipit palsu di pipi mereka. Adakah ia mustahil?

Risiko bakal datang jika buat lesung pipit palsu!

Untuk pengetahuan anda semua, memang ada orang yang sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot muka Zygomaticus Major mereka dalam usaha untuk mempunyai fitur unik ini.

Selain pembedahan penstrukturan, turut wujud prosedur lain yang menggunakan sejenis alat. Alat ini bagi menimbulkan rupa lekuk kecil di pipi dengan cara menyingkirkan kandungan lemak di sekitar kawasan tersebut.

Namun, The American Medical Association menyatakan bahawa prosedur di atas tadi boleh mendatangkan bahaya terhadap tubuh badan terutama kepada kulit wajah. 

Antara kesan buat lesung pipit termasuklah penampilan lesung pipit cacat, Infeksi kuman di tempat pembedahan bengkak di sekitar kawasan pipi, nanah di sekitar kawasan pipi.

Selain itu, individu berisiko mengalami kecederaan atau pendarahan tanpa henti, kesukaran membuka serta menutup mulut, kewujudan parut yang kekal, kerosakan sistem saraf muka dan peningkatan risiko kanser kulit.

Dalam erti kata mudah, memiliki lesung pipit cacat adalah antara kesan prosedur ini. Jadi, adakah anda masih mahu ambil risiko?

Kisah benar individu yang buat lesung pipit cacat!

Sebenarnya, sudah sangat banyak prosedur dimpleplasty ini dijalankan di seantero dunia terutama di negara-negara yang membenarkannya malah turut mempromosikan lagi pembedahan plastik atau kosmetik itu.

BACA JUGA: Bagaimana Tong LPG Boleh Meletup? Ini Jawapan Pakar

Ada satu kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun yang telah mengalami masalah bisul di kedua-dua belah pipi selepas sebulan menjalani prosedur pembedahan pembentukan lesung pipit.

Masalah ini bermula selepas 10 hari prosedur itu dijalankan di mana wanita malang terbabit mula mengalami bengkak dan nanah yang teruk sehingga sukar untuk membuka mulut, mengunyah dan menelan.

Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan lain pula bagi menyelesaikan masalah bengkak dan nanah tersebut.

Meskipun masalah ini pulih dalam masa 3 minggu, namun wujud kesan parut yang kekal pada pipi milik wanita malang itu.

Adakah prosedur ini benar berkesan dan berbaloi?

Berdasarkan kisah benar di atas tadi, ia jelas menunjukkan bahawa setiap prosedur kosmetik termasuk pembedahan pembentukan lesung pipit di pipi mungkin menimbulkan kesan sampingan yang tersendiri.

Walaupun memang benar jika prosedur ini berkesan untuk mencipta lesung pipit palsu. Namun kadangkala ia bakal tampak seperti sepasang lesung pipit cacat selain turut mendatangkan banyak lagi implikasi negatif.

Dalam erti kata lain, ia mungkin berkesan tetapi tidak berbaloi! Namun, pilihan masih berada di tangan kalian!

Sebaiknya, anda wajar mendapatkan maklumat, nasihat dan khidmat daripada profesional sebelum memutuskan. Ia bagi melakukan sebarang prosedur kosmetik supaya tidak pula menyesal di hari yang mendatang.

Sumber: Hello Doktor

The post Banyak Bahaya Menanti, Ini Risiko Jika Buat Lesung Pipit Palsu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*