Anthony Loke Turun Padang Lagi, Tinjau Keadaan LRT Kelana Jaya Petang Tadi

Anthony Loke "Turun Padang" Tinjau Stesen

Anthony Loke Turun Padang Lagi, Tinjau Keadaan LRT Kelana Jaya Petang Tadi

KUALA LUMPUR — Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau telah membuat tinjauan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Laluan Monorel pada petang tadi.

Menerusi kenyataan tersebut, beliau turun padang bersama rakan YouTuber, @卢卡斯Lucas ketika waktu puncak.

Beliau menjelaskan bahawa mendapat makluman berhubung berlaku gangguan aliran transit di stesen berkenaan.

Gambar: Anthony Loke Siew Fook

“Saya tahu ada gangguan perkhidmatan LRT petang tadi kerana masalah teknikal. Ini menyebabkan tren bergerak dengan lebih perlahan dan ramai penumpang menunggu lama di stesen dan keadaan tren yang sangat sesak.

“Pihak pengurusan teknikal Rapid Rail berusaha sedaya upaya untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang amat dikesali,” katanya.

Gambar: Anthony Loke Siew Fook

Maklum Menteri pengangkutan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada polis bantuan dan kakitangan yang menolong penumpang di platform itu.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus berusaha untuk mengatasi masalah teknikal yang dihadapi dan menstabilkan perkhidmatan.

Gambar: Anthony Loke Siew Fook

Terdahulu, perkhidmatan LRT Kelana Jaya mengalami kelewatan yang dipercayai akibat gangguan suis.

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan bahawa keadaan itu menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Difahamkan, kejadian pertama berlaku pada jam 4.24 petang yang menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni.

Manakala gangguan kedua pula berlaku di antara Stesen Damai dan Dato’ Keramat pada jam 5.26 petang.

Bagaimanapun, pihak Rapid Rail telah menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma untuk mengurangkan kesesakan di stesen.

Sumber: Anthony Loke Siew Fook

The post Anthony Loke Turun Padang Lagi, Tinjau Keadaan LRT Kelana Jaya Petang Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*