Banyak Kedai Muslim Lain Juga Tiada Sijil Halal – Peniaga Nasi Ayam Claypot

Peniaga nasi ayam claypot

Banyak Kedai Muslim Lain Juga Tiada Sijil Halal – Peniaga Nasi Ayam Claypot

Selepas dilanda kontroversi berkenaan status halal operasi perniagaannya, peniaga nasi ayam claypot yang tular tetap meneruskan perniagaan seperti biasa, lapor Sinar Harian.

Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48, berkata, sejak isu itu tular, perniagaan yang diusahakan sejak 28 tahun lalu masih berjalan seperti biasa.

Namun perniagaannya difahamkan mengalami sedikit masalah susulan kekurangan staf dalam penyediaan menu tersebut.

Tambahnya, disebabkan kekurangan staf itu, dia kini agak sibuk menguruskan perniagaannya itu bersendirian.

“Saya penat, saya minta maaf, saya serahkan semua ini (isu status halal) kepada ALLAH SWT.

“Sekarang kedai kurang staf tapi perniagaan jalan seperti biasa. Saya sudah mohon kepada agensi tapi pekerja belum sampai lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ahmad Muzakin berkata demikian selepas diminta untuk mengulas berkenaan operasi perniagaannya selepas kejadian tular tersebut.

Sebelum ini, perniagaan nasi ayam claypot yang diusahakan oleh Ahmad Muzakin bersama isterinya telah tular ekoran dakwaan menggunakan wain beras dalam penyediaan makanan tersebut.

Selepas penularan isu berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa kedai itu tidak memiliki sijil halal daripada pihak autoriti.

Dalam pada itu, Jakim turut menasihat pengguna Muslim agar berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membuat semakan status halal premis makanan terlebih dahulu di Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.

Memetik laporan berita sebelum ini, Ahmad Muzakin mengakui bahawa premisnya itu tidak memiliki sijil halal.

Namun dia yakin bahawa bahan masakan yang digunakan olehnya bukan bahan yang terlarang atau haram.

“Kedai saya memang tiada sijil halal daripada Jakim, tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama. Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan.

“Dua botol itu adalah minyak bijan cuma saya akui kilang itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Kalau kata saya masukkan bahan terlarang itu dalam botol minyak bijan, itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi jadi macam mana saya masukkan bahan itu.

“Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal,” katanya menurut laporan akhbar tersebut pada Selasa.

Selain itu, Ahmad Muzakin juga dipercayai tidak memiliki lesen perniagaan secara sah.

Justeru, dia sedang dalam perancangan untuk membuat permohonan sijil halal Jakim dan akan mengikuti kursus berkenaan pada Khamis ini.

Sumber: Sinar Harian

The post Banyak Kedai Muslim Lain Juga Tiada Sijil Halal – Peniaga Nasi Ayam Claypot appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*