Bapa Mentua MK K-Clique, Sheikh Nordin Meninggal Dunia

ayah mentua mk meninggal

Bapa Mentua MK K-Clique, Sheikh Nordin Meninggal Dunia

Bapa Mentua kepada MK K-Clique, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi.

Pemergian Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Noniswara dimaklumkan menerusi perkongsian Syahril A. Kadir di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Datuk Seri Dr Syeikh Nordin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi, Allah…,” tulisnya di platform tersebut.

Tambahnya, dia turut berkongsikan kisah Allahyarham yang membina rumah agam bernilai jutaan ringgit yang terletak di Temerloh untuk dijadikan pusat tahfiz.

ayah mentua mk meninggal
Gambar: Syahril A. Kadir

“Kira-kira tiga bulan lalu saya menulis mengenai sebuah rumah agam jutaan ringgit dekat Temerloh yang dijadikan pusat tahfiz oleh pemiliknya Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

“Beliau yang juga bapa mentua kepada anggota kumpulan K-Clique, MK, begitu teruja menghubungi saya bila artikel saya itu viral di sana sini.

“Langsung beliau tidak menduga kisah rumah tahfiznya yang beliau kongsikan semasa kami berdua sedang makan malam beberapa hari sebelum itu mendapat perhatian yang luar biasa!

“Beberapa kali selepas itu beliau mahu berjumpa dengan saya, mau belanja saya makan etc.

“Setiap kali beliau WA mengenainya, saya hanya senyum sendiri. Ini kerana saya tahu beliau sangat sibuk dengan urusan kerjanya.

“Untuk itu pelawaan beliau selalunya saya balas ringkas sahaja: Baik Datuk, anytimejust ikut bila Datuk free saja, saya ok,” katanya lagi.

Makan Malam Terakhir

Pun begitu, dia tidak menyangka bahawa makan malam bersama Allahyarham tiga bulan lalu menjadi pertemuan terakhir.

Sehubungan itu, dia memohon orang ramai untuk turut sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BACA JUGA: Jadikan Rumah Sebagai Pusat Tahfiz, Ini Kisah Sheikh Nordin, Pemilik Rumah Mewah Di Pinggir Sungai

“Takdir menentukan, makan malam kami berdua tiga bulan lalu itu jugalah nampaknya kali terakhir kami bersama.

“Pada kesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya, diampunkan segala dosa dan silapnya.

“Semoga segala kebaikan dan pengorbanan beliau membelanjakan harta yang bukan sedikit untuk rumah tahfiz Al-Quran beliau itu mendapat balasan syurga di akhirat nanti, InshaAllah.

“Saya hilang kata-kata..” tulisnya di Facebook.

Dalam muat naik Instagram Story isteri Allahyarham juga memaklumkan, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang pada jam 8.30 pagi ini sebelum di bawa pulang ke Kuala Krau, Temerloh untuk dikebumikan.

Gambar: Instagram Noniswara

Sementara itu, menerusi Instagram Story MK Clique turut berkongsi khabar duka pemergian Allahyarham.

Gambar: Instagram Story MK Clique

Sebelum ini, SK menerusi perkongsian Syahril A. Kadir menceritakan kisah Allahyarham yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat khususnya dengan pembinaan sebuah rumah agam untuk dijadikan pusat tahfiz.

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir

The post Bapa Mentua MK K-Clique, Sheikh Nordin Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*