Kunjungan Hormat TYT Martin Heydon T.D., Ke Atas Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

TYT Martin Heydon

Kunjungan Hormat TYT Martin Heydon T.D., Ke Atas Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan  Makanan, YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu telah menerima kunjungan hormat  daripada TYT Martin Heydon T.D., Minister of State, Kementerian Pertanian dan Marin  Ireland pada 6 November 2023 di Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.  

Ini merupakan pertemuan pertama antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan  Makanan Malaysia dengan Minister of State, Kementerian Pertanian dan Marin  Ireland yang bertujuan bagi membincangkan cadangan kerjasama dua hala dalam  bidang pertanian dan industri makanan antara kedua negara.  

Ireland menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan lagi perdagangan dua hala  dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan pengeksportan daging dan produk  daging itik ke Malaysia. Pada tahun 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan  Ireland merekodkan sebanyak RM419.35 juta berbanding RM 425.15 juta pada tahun  2021. Walau bagaimanapun, terdapat trend peningkatan bagi tahun 2023 di mana  jumlah nilai dagangan bagi tempoh Januari hingga Julai telah mencatatkan rekod  sebanyak RM429.45 juta. 

TYT Martin Heydon

Kedua-dua negara turut berhasrat meneruskan kerjasama erat dalam bidang  penyelidikan dan pembangunan pertanian bagi mencapai sasaran keterjaminan  makanan serta meningkatkan perdagangan pertanian dua hala termasuk produk  perikanan seperti tiram dan udang karang.  

Mohamad turut menjemput Ireland menyertai ekspo Malaysia Agriculture, Horticulture  & Agrotourism (MAHA 2024) yang akan diadakan pada tahun hadapan bagi  mempromosikan produk-produk pertanian dan agromakanan yang mana ianya  berpotensi menambah pelaburan dalam bidang pertanian di Malaysia. 

Pertemuan ini dihadiri wakil daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian  Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia,  Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pegawai-Pegawai Kanan KPKM.  

TYT Martin Heydon

The post Kunjungan Hormat TYT Martin Heydon T.D., Ke Atas Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*