“Bapa Suruh Saya Serah Diri,” Gadis 10 Tahun Mengaku Bersalah Lepas Ditangkap Curi Duit

gadis 10 tahun

“Bapa Suruh Saya Serah Diri,” Gadis 10 Tahun Mengaku Bersalah Lepas Ditangkap Curi Duit

Seorang kanak-kanak perempuan di China mendapat pujian meluas di media sosial atas keberaniannya untuk tampil menyerah diri kepada polis selepas ditangkap mencuri RM521 daripada ibu bapanya kerana mahu membeli snek, lapor SCMP.

Difahamkan, ketika gadis berusia 10 tahun itu menyerah diri, bapanya turut menemaninya di balai polis di Ningbo, wilayah Zhejiang, tenggara China.

Tindakan berani kanak-kanak itu membuatkan dua pegawai polis, Jiang Huoming dan Dong Zhuting tertanya-tanya dengan kesalahan yang dilakukan olehnya.

“Apakah kesilapan yang anda lakukan? Kenapa awak datang untuk mengaku bersalah?” tanya dua pegawai tersebut.

Dia menjelaskan bahawa keluarganya memiliki kedai serbaneka, walau bagaimanapun bapanya telah melarangnya untuk membeli snek atas sebab mahu menjaga kesihatannya.

Perkara itu mendorong gadis tersebut untuk memikirkan rancangan lain supaya dia dapat membeli snek kegemarannya.

Gadis itu mencuri wang daripada ibu bapanya dan kemudian meminta rakan sekelasnya membeli makanan ringan bagi pihaknya.

Budak itu membuat pengakuan bersalah dan mengatakan dia bertindak untuk pergi ke balai polis atas permintaan bapanya.

“Ayah saya memberitahu saya untuk menyerahkan diri,” katanya kepada pegawai.

Selepas muslihatnya diketahui, bapa gadis itu membawanya ke balai polis dan secara peribadi memaklumkan kepada polis dia hanya mahu mengajar anaknya.

Kredit: SCMP

“Sebenarnya saya hanya mahu dia belajar.

“Jika dia mula berani mengambil wang dari rumah, dia akan mencuri daripada orang lain apabila dia dewasa.

“Saya tidak mahu anak perempuan saya terlibat dalam jenayah,” katanya kepada polis.

Dong yang menyampaikan pesanan bapanya meminta supaya gadis tersebut menulis ikrar dan surat bahawa dia sudah menyesal dengan perbuatannya.

“Kita boleh membetulkannya langkah demi langkah. Anda akan sentiasa menjadi anak yang jujur dan berintegriti,” kata Dong.

Gadis itu mula duduk dan menulis, akhirnya menyerahkan suratnya 10 minit kemudian.

“Saya tidak akan mengambil wang ibu dan ayah saya lagi, dan saya tidak akan menipu sesiapa. Saya akan belajar dengan tekun dan berhenti bermain semasa kelas.

“Saya akan menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya setiap hari,” tulis surat itu.

Kisah gadis tersebut telah menyentuh hati orang ramai dan rata-rata mereka memuji sikap polis kerana menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mendidiknya.

Sumber: SCMP

The post “Bapa Suruh Saya Serah Diri,” Gadis 10 Tahun Mengaku Bersalah Lepas Ditangkap Curi Duit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*