Jarang Ditemui, Ini Sebab Kenapa Kucing Calico Jantan Unik

kucing calico jantan unik

Kucing calico Jantan Unik? Ketahui Sebabnya

Kucing calico tidak menggambarkan baka haiwan berbulu tertentu, sebaliknya ia menjelaskan mengenai corak bulu kucing yang unik dan bertompok, mempunyai tiga warna seperti putih, krim dan kelabu atau gabungan putih, oren dan hitam.

Menariknya, kucing jantan yang dilahirkan sebagai calico adalah sangat jarang ditemui, menjadikannya ia satu keanehan dalam dunia kucing dan hampir 99.9 peratus kucing calico adalah betina.

Dilahirkan sebagai kucing calico tidak menjejaskan keperibadian atau jangka hayat kucing, walaupun kucing jantan cenderung untuk hidup tidak lama berbanding betina disebabkan perbezaan kromosom.

BACA: Kenali Virus FIV Kucing, Simptom dan Rawatannya

Apa yang membuatkan kucing calico jantan sangat jarang ditemui?

Kredit: Catastic

Faktor genetik adalah sebab kucing calico jantan sangat jarang ditemui. Warna bulu dalam kucing lazimnya merupakan sifat yang berkaitan dengan jantina, dalam erti kata lain warna dikhususkan mengikut kromosom tertentu.

Kedua-dua kucing jantan dan betina boleh berwarna oren (gen mutan) atau hitam kerana gen yang mengawal warna tersebut ada pada kromosom X.

Pun begitu, kucing betina boleh mempunyai kedua-dua warna, iaitu oren dan hitam kerana ia mempunyai dua kromosom X.

Manakala kucing jantan mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y dan hanya boleh mempunyai satu kromosom seks melainkan ia mempunyai genetik tidak normal. Dalam kelainan genetik itu, tiga kromosom termasuk dua X ada dalam badannya.

Perkara itu telah diterangkan dalam artikel American Council on Science and Health, di mana gen yang menentukan warna bulu terletak pada kromosom X, yang menyebabkan corak yang luar biasa.

“Jika kromosom X yang membawa gen untuk bulu hitam dinyahaktifkan, sel itu sebaliknya akan mencipta bulu oren.

“Jika kromosom X yang membawa gen untuk bulu oren dinyahaktifkan, sel itu akan mencipta bulu hitam. Hal ini kerana X yang tidak aktif dipilih secara rawak, jadi corak pada setiap kucing calico adalah berbeza daripada yang lain,” memetik artikel tersebut.

Keabnormalan kromosom kucing calico jantan

Kredit: Love to know pets

Untuk kucing jantan mempunyai corak calico, kucing tersebut perlu mempunyai tiga kromosom seks, iaitu dua X dan satu Y.

Fenomena ini boleh berlaku pada manusia dan haiwan dan dalam kedua-dua kes dikenali sebagai sindrom Klinefelter. Gabungan XXY boleh berlaku apabila terdapat pembahagian yang tidak lengkap pada kromosom XY jantan pada masa persenyawaan.

Sindrom Klinefelter hanya menjejaskan satu dalam setiap 500 hingga 1,000 manusia. Seperti manusia yang mengalami keadaan ini, kucing dengan kombinasi XXY mempunyai organ seksual yang cacat, yang biasanya menjadikannya ‘steril’ atau mandul. 

Setiap kucing adalah berbeza, tetapi selalunya kucing calico jantan dengan sindrom Klinefelter mengalami pelbagai masalah kesihatan yang memendekkan jangka hayatnya.

Beberapa masalah biasa yang dikaitkan dengan sindrom ini termasuk peningkatan lemak badan, yang membawa kepada diabetes, sakit sendi dan penyakit jantung.

Walaupun kucing cacilo jantan ini unik, namun ia juga mempunyai kekurangan yang biasanya dialami, iaitu mandul dan tidak boleh dibiakkan untuk menghasilkan anak kucing jenis calico.

Walau bagaimanapun, menurut kajian sitogenetik ke atas kucing tersebut, terdapat beberapa kemungkinan kucing calico jantan adalah dipercayai subur.

Namun perlu juga diingat, kucing cacilo jantan walaupun mandul tetapi ia juga perlu melakukan peneuteran yang boleh membantu memberi manfaat dari segi tingkah laku dan kesihatan seperti mencegah kanser testis.

Sumber: Treehunger, drgoodvet, keeping pet, ASPCA Pet Health Insurance

The post Jarang Ditemui, Ini Sebab Kenapa Kucing Calico Jantan Unik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*