Baru Sehari Bergelar Pengantin Baharu, Lelaki Maut Dalam Kemalangan

raja sehari kemalangan

Baru Sehari Bergelar Pengantin Baharu, Lelaki Maut Dalam Kemalangan

SABAK BERNAM — Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam dari arah Kuala Selangor menghala Tanjong Karang, lapor Sinar Harian.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada Ahad.

Mangsa, Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya Aini Hayati Mohd Radzi, 22, mengalami kecederaan di dagu dan patah kaki kiri.

Sementara itu, Muhammad Aiman, 25, abang sulung kepada pengantin perempuan berkata pasangan terbabit melangsungkan hari bahagia mereka di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Gambar: Sinar Harian

“Saya seakan tidak percaya kejadian ini menimpa mereka, lebih-lebih lagi baru sehari mereka disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

Dia memberitahu perkara tersebut sewaktu ditemui di rumah kediaman keluarga di Kampung Tersusun, Bagan Sungai Burong hari ini.

Tambah Muhammad Aiman, Aini Hayati dan Allahyarham suaminya sudah membuat persediaan majlis itu sejak Khamis.

Mengulas lebih lanjut, dia memberitahu wajah adik perempuannya tampak berseri-seri sebelum majlis perkahwinan itu.

“Saya tidak nampak pula ada apa-apa perubahan kepada mereka, malah mereka membuat persiapan rapi supaya majlis berjalan lancar,” ujarnya lagi.

Sebelum insiden berkenaan, Aini Hayati dan Allahyarham suaminya juga sempat bersalaman dengan ahli keluarga.

BACA JUGA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Sekitar jam 1 petang, mereka dipercayai keluar ke Kuala Lumpur bagi urusan pemulangan baju pengantin yang dipakai sewaktu majlis akad nikah dan perkahwinan pada Sabtu.

“Saya difahamkan, mereka yang dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mengambil busana pengantin di tempat sama untuk majlis persandingan sebelah lelaki pada 31 Disember ini,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, kira-kira 10.35 malam, dia menerima panggilan daripada rakan adiknya berhubung kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kajang  bersama isteri dan seorang anak berusia dua tahun.

“Semasa menerima panggilan itu, saya ingatkan mereka hanya alami kemalangan biasa, tetapi apabila gambar kereta terbalik tersebar di media sosial saya mula berasa tidak sedap hati.

“Saya yang ketika itu berada di Sungai Buloh kemudiannya berpatah balik dan sepanjang perjalanan kami sekeluarga tidak putus berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

raja sehari kemalangan
Gambar: Sinar Harian

Jelas Muhammad Aiman, anak ketiga daripada lima beradik itu mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pembantu farmasi di sebuah hospital swasta selepas berkahwin dan menetap di Petaling Jaya.

“Adik sepatutnya ikut suaminya menetap di Bukit Mertajam, Pulang Pinang hari ini (Isnin), namun mereka pula terlibat dalam kemalangan,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, Aini Hayati kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Arwah adik ipar saya pula dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pada jam 10.05 malam, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, kemalangan itu melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera.

“Selain itu, seorang lelaki iaitu orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah,” maklumnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Baru Sehari Bergelar Pengantin Baharu, Lelaki Maut Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*